Keselamatan Pelayaran

Purata bilangan kemalangan perkapalan di Perairan Selat Melaka adalah 2 kejadian setahun. Sejak Skim Pemisah Trafik diperkenalkan bilangan kemalangan perkapalan telah dapat dikurangkan.

Alat Bantuan Pelayaran adalah suatu peralatan atau sistem atau gabungan kedua-duanya yang memberi panduan kepada pelaut membuat pelayaran dengan selamat. Alat bantuan pelayaran yang disediakan oleh Jabatan Laut ialah rumahapi, tandarah suar, pelampung pandu, Sistem Pelayaran Satelit (SISPELSAT) dan Sistem Pengenalan Kapal.

Tujuan Rumahapi dibina adalah untuk memberikan pedoman atau petunjuk kepada pelaut-pelaut untuk menentukan kedudukan mereka pada sesuatu masa dan ianya juga sebagai penandaan pintu laluan keluar masuk sesuatu perairan.

Kerlipan lampu yang dipasangkan pada alat bantuan pelayaran adalah untuk membezakan diantara satu rumahapi dengan rumahapi yang lain yang mana kerlipan lampu tersebut secara tersendirinya akan memaparkan identiti sesuatu rumahapi tersebut.

Jarak maksimum cahaya lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi adalah berbeza-beza kerana ianya bergantung pada ketinggian lampu, jenis lampu, keadaan cuaca dan ketinggian pemerhati. Kebanyakan Rumahapi di Malaysia mempunyai julat maksimum cahaya lampu kira-kira 23 batu nautikal.

Tujuan pembinaan Tandarah Suar adalah untuk menandakan alur pelayaran, batuan, beting dan lain-lain. Tandarah Suar mempunyai binaan tetap di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan.

Pelampung Pandu merupakan pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai (kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Tujuan dipasangkan pelampung pandu ini adalah untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain di sepanjang Perairan Malaysia yang bertujuan memberikan panduan kepada pengguna-pengguna perairan.

Sebarang aduan kerosakan boleh dilaporkan kepada pegawai di Ibu Pejabat dan Pusat Komunikasi Maritim, pegawai bertugas di wilayah masing-masing di talian berikut untuk tindakan selanjutnya.

PUSAT KOMUNIKASI MARITIM IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLAN

03-3167 05

KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BANTUAN PELAYARAN IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG

03-3169 5215

JABATAN LAUT WILAYAH UTARA, GELUGOR, PULAU PINANG

04-6579 636, 04-6578 494

JABATAN LAUT WILAYAH TENGAHPELABUHAN KLANG, SELANGOR

03-3169 5198

JABATAN LAUT WILAYAH SELATANPELABUHAN TANJUNG PELEPAS, JOHOR

607-507 2313

JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

609-6221471

Carta Pelayaran ( Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) ini boleh didapati dengan menghubungi Pusat Hidrografi Nasional, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. No. 03-3169 4400.

Jadual Pasang Surut juga boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur. No. 03-2617 0800.

Bagi Negeri Sarawak, Sila hubungi Pejabat Hidrografi, Jabatan Laut Sarawak, Lot 683, Seksyen 66, Jalan Utama, Tanah Puteh 93619 Kuching, Sarawak, No. Tel 082-484159.

Dokumen yang diperlukan ialah;

  • Surat Permohonan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kapal
  • Salinan Sijil Insurans

Bayaran yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal asing dan kapal Malaysia

Bayaran yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal Malaysia dan RM400 untuk kapal asing

Berat Tanan Berdaftar Kasar (GRT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011 ialah semua kapal yang melebihi 1,000 Tanan Berdaftar Kasar. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 1/2009

Kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992 ialah kapal yang membawa minyak sebagai bahan kargo yang melebihi 2,000 tan. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 57/2005 yang dibaca bersama-sama dengan Notis Perkapalan Saudagar JL 4/1995