Kawalan Industri

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.

Terdapat tiga kategori kapal yang dikecualikan dari pendaftaran iaitu :-

  • Kapal yang mempunyai tanan bersih kurang daripada 15 

  • Bot-bot yang dilesenkan

  • Kapal ikan yang beroperasi di dalam perairan Malaysia yang kurang daripada 500 tanan kasar

Pembaharuan pendaftaran adalah proses dimana maklumat kapal sedia ada, seperti Nombor Rasmi, maklumat pemilikan kapal dan gadaian, dimasukkan / diperbaharui ke dalam Buku Daftar Kapal.

Pendaftaran semula adalah istilah yang digunakan di bawah Ordinan ini yang mana pendaftaran kapal telah ditamatkan sebelum ini dan kemudiaannya didaftarkan semula. Contoh bagi kes-kes yang biasanya berlaku adalah seperti berikut :-

  1. Pendaftaran ditamatkan apabila kapal dijual kepada pemilik warga asing, dan kemudiaannya dibeli oleh warganegara Malaysia dan didaftarkan semula di pendaftaran Malaysia.
  2. Pendaftaran ditamatkan apabila kapal ditinggalkan sebagai ranap atau hilang tetapi kemudiannya dijumpai atau didapati semula.
  3. Pendaftaran ditamatkan apabila pemilik memohon kapal ini dilesenkan di bawah Kaedah Bot Berlesen. Kemudiannya, kapal tersebut dijual kepada warganegara Malaysia yang memerlukan status pendaftaran.
  4. Pendaftaran kapal diisytiharkan sebagai batal oleh sesebuah mahkamah yang diperakui.
     

Pemilik kapal perlu memaklumkan sebarang pindaan / perubahan maklumat kapal yang memberi kesan kepada maklumat yang terkandung di dalam Sijil Pendaftaran Kapal, seperti alamat pemilik atau tanan kapal.

Sebelum sesebuah kapal boleh didaftarkan, nama kapal perlu diluluskan. Permohonan nama kapal boleh dibuat di mana-mana pejabat pelabuhan pendaftaran. Setelah nama kapal yang dipohon diluluskan, permohonan untuk mendaftarkan kapal boleh dibuat dimana-mana pejabat pelabuhan pendaftaran mengikut pilihan.

Secara kebiasaannya, Sijil Pendaftaran Sementara akan dikeluarkan oleh Pendaftar Kapal untuk tempoh maksimum enam (6) bulan tertakluk kepada proses penandaan ukiran nama kapal dan pelabuhan pendaftaran diselesaikan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan pendaftaran adalah :-

  • Permohonan pendaftaran kapal 
  • Pengisytiharan pemilikan kapal 
  • Salinan asal seperti Sijil Pembinaan Kapal (untuk kapal baru), Perjanjian Jual Beli, Invois, Bukti Pemilikan kapal, dll 
  • Sijil Pemeriksaan Kapal untuk pengesahan tanan dan pengukuran kapal yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal
  • Jika panjang kapal melebihi 24m, Sijil Tanan Antarabangsa 1969
  • Sijil Pendaftaran Syarikat / Persyarikatan jika pemilik kapal adalah sebuah syarikat
  • Jika kapal dibeli dari dari pemilikan asing atau Bendera Negara asing, Sijil Pembatalan Kapal dan maklumat pendaftaran kapal tersebut.

Dalam perihal pemilikan individu, pemilik kapal atau pengurus kapal yang dilantik dibenarkan untuk membuat pindaan maklumat hak milik kapal di pejabat pelabuhan pendaftaran dengan mengemukakan :-

  • Salinan Kad Pengenalan 
  • Perlantikan Pengurus Kapal 
  • Pengisytiharan Pemilikan 
  • Salinan asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir  
  • Salinan asal Sijil Pendaftaran Kapal 

Untuk kes pemilikan badan korporat :-

  • Pengisytiharan Pemilikan 
  • Perlantikan Pengurus Kapal 
  • Salinan asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir  
  • Salinan asal Sijil Pendaftaran Kapal 
  • Artikel dan Memorandum Syarikat; 
  • Borang 9 - Sijil Pendaftaran Syarikat 
  • Borang 24 - Saham Syarikat
  • Borang 49 - Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha

Sebelum pemakluman dilakukan kepada Pendaftar Kapal berkenaan pindaan maklumat kapal, Pemeriksa Kapal perlu memeriksa kapal untuk mengesahkan pindaan dan mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal

Untuk pindaan butiran injin kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

  • Sijil Pemeriksaan 
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kapal 
  • Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diendos oleh Pemeriksa Kapal 
  • Borang Survey 118 - Pengisytiharan injin kapal  

Untuk pindaan butiran tanan kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

  • Sijil Pemeriksaan 
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kapal 
  • Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diendos oleh Pemeriksa Kapal 
  • Salinan Sijil Tanan Antarabangsa 1969 

Terdapat dua jenis gadaian, yang pertama adalah untuk memperoleh pinjaman bagi jumlan pokok dengan faedah dan yang kedua adalah untuk memperolehi akaun semasa atau transaksi yang seumpamanya. Permohonan untuk mendaftarkan gadaian perlu dikemukakan dengan borang yang berkenaan (Borang 247/249/251), salinan asal atau salinan diakui sah Surat Ikatan Waad. Yuran yang dikenakan untuk proses ini adalah berpandukan kepada tanan kapal.

  1. Adakah saya layak untuk mendaftarkan kapal?
    Kelayakan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini adalah :-
    • Pemilik kapal adalah warganegara Malaysia
    • Jika dimiliki oleh syarikat, syarikat ini ditubuhkan di Malaysia
    • Syarikat perlu mempunyai ibu pejabat di Malaysia
    • Majoriti (51 % atau lebih) pegangan dalam syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia
    • Majoriti lembaga pengarah adalah warganegara Malaysia 
  2. Dimanakah kapal boleh didaftarkan?
    Pelabuhan pendaftaran bagi pendaftaran ini adalah Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu
  1. Adakah saya layak untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini?
    Kelayakan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini adalah :-
    • Syarikat ditubuhkan di Malaysia 
    • Pejabat di Malaysia 
    • Majoriti (51 % atau lebih) pegangan dalam syarikat dimiliki oleh warganegara asing
    • Modal Berbayar sekurang-kurangnya 10% daripada nilai kapal atau Ringgit Malaysia Satu Juta, yang mana lebih tinggi 
  2. Dimanakah kapal boleh didaftarkan di bawah Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia?
    Pejabat pelabuhan pendaftaran bagi Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia terletak di Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan.
  3. Adakah terdapat sekatan-sekatan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini ?
    Untuk tujuan pendaftaran, kapal perlu memenuhi keperluan berikut :-
    • Di lengkapi dengan sistem dorongan mekanikal 
    • Tanan kasar tidak kurang daripada 1,600 
    • Umur tidak melebihi 15 tahun untuk kapal tangki atau pengangkutan pukal 
    • Umur tidak melebihi 20 tahun bagi jenis kapal selain di atas
  • Permohonan boleh  dibuat dengan cara mengisi borang MSN 05/2008 dengan lengkap serta mendapatkan sokongan daripada Badan Klasifikasi yang di iktiraf(RO). Permohonan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja sekiranya tiada masaalah.
  • Borang MSN 05/2008 boleh didapati di laman web www.marine.gov.my - notis - Notis Perkapalan Malaysia - Konvensyen Antarabangsa - Solas - Bab 1 - MSN 05/2008

Tidak perlu,merujuk kepada RO instruction para 1.0 dan para 1.4.

Para 1.0
1.0 Pemberian Kuasa

1.1 RO diberikuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan mengeluarkan sijil bagi kesemua jenis kapal-kapal Malaysia yang diperlukan di bawah Konvensyen-konvensyen Antarabangsa di bawah :

1.1.1 SOLAS – Konvensyen Antrabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut 74/78 atau seperti yang dipinda.

1.1.2 MARPOL – Konvensyen Antrabangsa bagi Pencegahan Pencemaran daripada Kapal-kapal 73/78 – kapal yang tidak mematuhi hendaklah tidak beroperasi di luar perairan Malaysia dan kumbahan hendaklah dibuang ke laut di luar 12 b.n. 

i. Lampiran I MARPOL

ii. Lampiran II MARPOL

iii. Lampiran III MARPOL

iv. Lampiran IV MARPOL (kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 31 Mac 2011)

v. Lampiran V MARPOL

vi. Lampiran VI MARPOL (kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 30 Jun 2011) 

1.1.3 AFS – Konvensyen Antarabangsa berhubung Kawalan Sistem Anti-Kotoran Berbahaya Atas Kapal-kapal, 2001 – kapal yang tidak mematuhi hendaklah tidak beroperasi di luar perairan Malaysia (kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 1 Januari 2011 atau sehingga memasuki limbungan kering seterusnya) 

1.1.4 COLREG – Konvensyen berhubung Peraturan Antarabangsa bagi Pencengahan Perlanggaran di Laut 1972

1.1.5 Garisan Beban, 1966 – Konvensyen Antarabangsa berhubung Garisan Beban, 1966 termasuk Garisan Beban Berbilang

1.1.6 Tanan – Konvensyen Antarabangsa berhubung Pengukuran Tanan Kapal-kapal 1969

1.1.7 Peralatan Mengangkat – Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation) No. 152*

1.1.8 Pengurusan Air Balast – Konvensyen Antarabangsa bagi Kawalan dan Pengurusan Air Balast dan Mendapan Kapal-kapal 2004

1.1.9 Kod IBC, Kod BCH, Kod IGC, Kod IS, Kod Bijian, Kod ISM (hanya bagi Sijil Pengurusan Kapal) Kod ISPS (kesemua rekod berkaitan hendaklah disimpan di Pejabat RO di Malaysia) Kod NOx Teknikal, dan Pengangkutan Barangan Berbahaya

1.1.10 Skim Syarat-syarat Penilaian bagi kapal tangki sepertimana Peraturan 20 (G) Lampiran I MARPOL 73/78. 

* Konvensyen yang tidak diratifikasikan oleh Malaysia 
* Sila lihat Lampiran I 

1.4 Kapal Bukan Konvensyen

1.4.1 RO diberi kuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan mengeluarkan sijil bagi kesemua kapal bukan konvensyen berdaftar di bawah Bendera Malaysia

- RO instruction boleh didapati di laman web WWW.MARINE.GOV.MY - perkapalan - maklumat - arahan kepada RO

Permohonan bagi menjalankan pemeriksaan kapal atau alat-alat kapal bendera Malaysia boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh di dapati  di Laman Utama Web Jabatan Laut Malaysia ruangan Perkapalan-Borang.

Seterusnya borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar melalui emel atau terus kepada Unit Akreditasi Kapal.