Soalan Lazim

Senarai soalan-soalan lazim mengenai Jabatan Laut Malaysia.

Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)
  1. Kursus apakah yang ditawarkan di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)?

    Kursus-kursus yang dilaksanakan di MATRAIN adalah khusus untuk kakitangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) namun, terdapat beberapa kursus tertentu yang dianjurkan terbuka kepada pihak luar. Kursus-kursus yang dilaksanakan kepada pihak selain daripada kakitangan JLM merangkumi kursus peringkat domestik dan antarabangsa seperti Pengendalian Asas Bot, kursus di bawah The International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) dan lain-lain.
     

  2. Adakah agensi luar boleh menganjurkan sebarang kursus atau program di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)?

    Ya, boleh. Agensi luar boleh menghubungi Pejabat Pendaftar MATRAIN untuk keterangan lanjut berhubung permohonan.
     

  3. Apakah kemudahan yang terdapat di MATRAIN?

    Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) dilengkapi dengan dua blok apartment berjumlah 44 buah rumah, kolam renang, auditorium, bilik kuliah, makmal komputer, kafetaria, kemudahan sukan (gelanggang takraw, futsal dan bola jaring), bridge simulator, rumah asap dan rumah bot.
     

  4. Bolehkah orang awam menggunakan jeti di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) untuk memancing?

    Tidak boleh.
     

  5. Bolehkah orang awam menggunakan kemudahan jeti di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) untuk menempatkan bot milik peribadi?

    Tidak boleh.
     

  6. Bolehkah orang awam menggunakan kemudahan sukan/ sebarang fasiliti di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)?

    Orang awam boleh menggunakan kemudahan sukan di MATRAIN tertakluk dengan kebenaran daripada Pengarah ILPL dan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan.
     

Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Penilaian Risiko Marin(MRA)?

    Kajian penilaian risiko merupakan suatu proses yang kompleks bagi mengenalpasti punca sesuatu risiko serta mengetahui kekerapan, kesan dan akibat sesuatu risiko itu. Pengenalpastian ini penting bagi menghurai strategi pengurusan risiko dalam meningkatkan keselamatan di laut dengan langkah pencegahan serta kawalan yang sewajarnya.

    Bagi tujuan MRA ini, IMO telah membangunkan IMO Formal Safety Assessment (FSA) yang mengandungi metodologi yang sistematik dan berstruktur untuk meningkatkan keselamatan di laut berdasarkan analisis dan pengurusan risiko yang cekap. IMO-FSA ini merupakan maklumbalas IMO berkenaan keperluan pendekatan moden dalam mewujudkan peraturan meningkatkan keselamatan di laut.
     

  2. Adakah Kajian Penilaian Risiko Marin(MRA) perlu dilaksanakan di Malaysia?

    Ya, berdasarkan Seksyen 491B, Ordinan Perkapalan Saudagar dan rujukan kepada Notis Perkapalan Malaysia (NPM) 02/2019.
     

  3. Siapakah yang boleh menjalankan Kajian Penilaian Risiko Marin(MRA)?

    Kajian Penilaian Risiko (MRA) hendaklah dilaksanakan oleh syarikat konsultan diiktiraf yang didaftarkan di Jabatan Laut Malaysia di bawah Skim Pendaftraran Konsultan MRA. Maklumat berkaitan pendaftaran dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Perkhidmatan – Klik Borang – Klik Pelayaran). Borang permohonan tersebut boleh dihantar melalui emel ke navcom@marine.gov.my.
    Senarai perlantikan Konsultan Analisa dan Penilaian Risiko Marin (MRA) yang diiktiraf Jabatan Laut Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Laman Utama – Klik Awam – Klik Pelayaran).
     

  4. Apakah proses dan prosedur dalam menjalankan Kajian Penilaian Risiko Marin (MRA)?

    Jabatan Laut Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan prosedur dan keperluan dalam menjalankan Kajian Penilaian Risiko (MRA) di Malaysia. Maklumat berkaitan prosedur dan keperluan MRA ini boleh dimuat turun di laman Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Laman Utama – Klik Awam – Klik Pelayaran).
     

  5. Bagaimanakah hendak membuat permohonan lesen perlombongan pasir?

    Permohonan lesen melombong pasir hendaklah dibuat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian sekiranya untuk pasir persekutuan dan Jabatan Tanah Galian Negeri untuk pasir negeri.
     

  6. Apakah kriteria kawasan permohonan perlombongan pasir di bawah Jabatan Laut Malaysia

    Setiap permohonan lokasi melombong pasir hendaklah mematuhi buffer zone yang telah ditetapkan iaitu setiap lokasi yang dimohon tidak berhampiran dengan alat bantuan pelayaran, wrek dan batas pelabuhan, Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya tidak kurang dari 3 batu nautika dari buffer zone.
     

Bahagian Pelabuhan, Logistik & Perdagangan
  1. Adakah aktiviti pemindahan kargo daripada kapal ke kapal boleh dijalankan di luar had pelabuhan?

    Tidak
     

  2. Apakah produk kargo yang tidak dibenarkan bagi aktiviti pemindahan kargo daripada kapal ke kapal?

    Produk kargo di bawah Marpol Annex II
     

  3. Di manakah senarai had pelabuhan boleh didapati?

    Di laman sesawang Jabatan Laut Malaysia
     

  4. Adakah sesuatu had pelabuhan boleh dipinda?

    Ya, boleh.
     

Bahagian Pembangunan Perkapalan & Pelaut
  1. Apakah keperluan yang ditetapkan untuk memohon penubuhan Institut Latihan Maritim?

    Permohonan penubuhan Institut Latihan Maritim boleh merujuk Garis Panduan Akreditasi Institut Latihan Maritim dan Kursus Yang Diluluskan (JL/HEPP/D/21 edisi 2017).
     

  2. Apakah alamat Institut Latihan Maritim yang menawarkan kursus – kursus modular mengikut Konvensyen Standard of Training Certificate and Watchkeeping 1978 (Manila Amendments 2010) ?

    Institut Latihan Maritim yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia di Konvensyen Standard of Training Certificate and Watchkeeping 1978 (Manila Amendments 2010) adalah seperti yang tersenarai di bahagian pautan laman sesawang Jabatan Laut Malaysia atau hubungi terus dengan mana - mana Institut & Pembekal Latihan Maritim yang berdekatan.
     

  3. Bagaimana sesebuah syarikat boleh memohon sebagai Agensi Pembekal Pelaut (Berlesen) Malaysia?

    Permohonan penubuhan Agensi Pembekal Pelaut (Berlesen) Malaysia boleh merujuk Notis Perkapalan Malaysia 07/2013) atau email ke bppp@marine.gov.my bagi pertanyaan.
     

  4. Apakah prosedur permohonan kad dan buku Perkhidmatan Pelaut?

    Pelaut perlu menjalani pemeriksaan perubatan di klinik pengamal perubatan yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem Dokumen Pelaut (SDPx) yang boleh diekses melalui laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.
     

  5. Berapakah kadar bayaran bagi permohonan kad pelaut?

    Kadar bayaran bagi permohonan kad pelaut boleh dirujuk melalui Nota Maklumat Panduan Marin (NMPM 6/2010)
     

  6. Bagaimanakah memohon bantuan biasiswa latihan dan pembangunan kerjaya pelaut daripada Kumpulan Wang Perdagangan Laut (KWPPL)1984.

    Borang bantuan biasiswa latihan dan pembangunan kerjaya pelaut boleh diperolehi melalui Nota Maklumat dan Panduan Marin (NMPM 1/2013).
     

  7. Bagaimanakah waris pelaut boleh memohon bantuan khairat kematian dari Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut(KWPPL) 1984?

    Waris pelaut boleh memohon kemudahan bantuan khairat kematian dari Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) 1984 melalui Nota Maklumat dan Panduan Marine (NMPM 2/2013) .
     

Bahagian Kawalan Industri Maritim
  1. Apakah prosedur bagi memohon pengecualian atau lanjutan (exemption or extension) dibawah keperluan Safety of Life at Sea (SOLAS), Marine Pollution (MARPOL) Collision Regulations (COLREG), Load Line, Special Purposes Ship (SPS), High Speed Craft (HSC) Code, Mobile Offshore Drilling Unit (MODU) Code, Passenger Ship Safety Certificate (PSSC) dan Passenger certificate (PC)?

    Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang MSN 05/2008 dan mendapatkan sokongan daripada Badan Klasifikasi (Recognized Organization) yang di Iktiraf. Permohonan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja. Borang MSN 05/2008 boleh diperolehi di laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.
     

  2. Apakah prosedur permohonan bagi pemeriksaan kapal-kapal Malaysia yang dikelaskan dibawah Kerajaan Malaysia (KM)?

    Permohonan bagi menjalankan pemeriksaan kapal atau alat-alat kapal boleh dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh di dapati di laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia. Borang yang telah lengkap di isi perlu dikemukakan melalui emel atau terus kepada Bahagian Kawalan Industri Maritim.
     

  3. Apakah keperluan yang ditetapkan untuk memohon penubuhan institusi latihan maritim?

    Permohonan penubuhan institusi latihan maritim boleh merujuk kepada Nota Maklumat Panduan Marin (NMPM) 1/99.
     

  4. Apakah alamat institusi latihan maritim yang ada menawarkan kursus-kursus modular mengikut konvenysen Standard of Training Certification and Watchkeeping 1978 (Manila amendments 2010)?

    Institusi latihan maritim yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia dibawah keperluan konvensyen STCW 78 (Manila Amendments) seperti yang tersenarai didalam laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia dan boleh terus berhubung dengan institusi latihan maritim tersebut.
     

  5. Apakah klinik yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan sebagai pelaut?

    Anda boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana klinik panel yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia seperti yang tersenarai didalam laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia
     

  6. Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia?

    Pemohon hendaklah melengkapkan permohonan secara atas talian melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX) dan menyertakan dokumen seperti berikut:

    1. Satu (1) gambar warna berukuran saiz kad pengenalan;
    2. Salinan Kad Pengenalan yang diakui sah
    3. Sijil kelulusan kedoktoran yang diakui sah
    4. Sijil Malaysian Medical Council (MMC) yang diakui sah
    5. Sijil diploma/Ijazah dalam Occupational Health/ Medicine atau Sijil kursus pengenalan bidangkerja maritime yang diakui sah.
      **Anda boleh merujuk kepada NMPM 11/1999 & NMPM 17/1999 di laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.
  7. Bilakah Jabatan Laut Malaysia akan mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan?

    Tarikh peperiksaan perakuan kekompetenan boleh didapati di Laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia atau melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX).
     

  8. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan Perakuan Pengiktirafan?

    Bayaran bagi setiap permohonan Perakuan Pengiktirafan adalah mengikut jenis seperti berikut

    1. Permohonan baharu: RM 600.00
    2. Permohonan Pembaharuan: RM 600.00
    3. Rosak/Hilang: RM 600.00
      **Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Cek Syarikat/ Wang Pos/ Kiriman Wang atau Bank Deraf diatas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T
  9. Berapa lamakah proses pengeluaran Perakuan Pengiktirafan?

    Perakuan Pengiktirafan akan diproses dalam masa 1 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
     

  10. Pemegang Perakuan Kekompetenan (COC) dari Negara manakah yang layak untuk memohon Perakuan Pengiktirafan?

    Perakuan Pengiktirafan boleh dikeluarkan kepada pelaut yang memegang Perakuan Kekompetenan dari Negara luar yang menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) dengan Malaysia.
     

  11. Berapa lamakah tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan?

    Tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan (COR) tidak lebih dari 1 tahun, jika sekiranya tempoh sah laku Perakuan Kekompetenan (COC) kurang dari 1 tahun, maka tempoh sah laku COR adalah mengikut tarikh tamat sah laku COC tersebut. Tempoh sah laku COC semasa permohonan COR dibuat hendaklah tidak kurang daripada enam (6) bulan bagi membolehkan COR diproses.
     

  12. Saya ingin memohon Dokumen Keanggotaan Selamat (Safe Manning Document), apakah keperluan yang perlu dipatuhi?

    Keperluan yang perlu dipatuhi bagi permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat dinyatakan dalam NPM3/2018 dan NPM29/2011.
     

  13. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat?

    Fi yang perlu dibayar adalah bergantung pada jenis permohonan sepertimana yang dinyatakan dalam NMPM 6/2010.
     

  14. Berapa lamakah proses pengeluaran Dokumen Keanggotaan Selamat?

    Permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat yang lengkap akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
     

  15. Jika sebuah kapal ingin memiliki lebih dari satu Dokumen Keanggotaan Selamat, apakah keperluan yang perlu dipatuhi?

    Sebuah kapal boleh memiliki lebih dari satu Dokumen Keanggotaan Selamat bergantung kepada jenis pelayaran samaada Domestik, Pesisir Pantai atau Tanpa Had. Keperluan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang digariskan dalam NPM3/2018.
     

  16. Berapa lamakah tempoh sahlaku Dokumen Keanggotaan Selamat?

    Tempoh sahlaku Dokumen Keanggotaan Selamat adalah selama lima tahun.
     

  17. Apakah prosedur permohonan kad dan buku Perkhidmatan pelaut?

    Pelaut perlu menjalani pemeriksaan perubatan di klinik panel yang di iktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan membuat permohonan secara atas talian melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPx) di Pejabat Laut di setiap wilayah.
     

  18. Berapakah bayaran untuk permohonan kad Pelaut?

    Fi bagi permohonan kad pelaut boleh dirujuk melalui Nota Maklumat panduan Marin (NMPM 6/2010)
     

Bahagian Pengurusan Trafik & Bantuan Pelayaran

1.  Apakah fungsi utama Perkhidmatan Trafik Maritim oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM)?

  1. Memantau lalu lintas perkapalan di Selat Melaka
  2. Amaran Keselamatan Pelayaran (NAVTEX)
  3. Pusat Komunikasi Maritim Malaysia( PUSKOMM) bagi pematuhan ISPS

2.  Apakah jenis kapal yang perlu mematuhi keperluan STRAITREP?

  1. Kapal melebihi 300GT
  2. Kapal panjang melebihi 50 meter
  3. Kapal yang terlibat dalam menunda atau menolak kapal lain dengan gabungan tanan kasar melebihi 300 GT atau gabungan panjang melebihi 50 meter
  4. Mana-mana kapal yang membawa kargo merbahaya seperti ditakrifkan dalam MSC.43(64)
  5. Kesemua kapal penumpang yang dilengkapi VHF tanpa mengira tanan dan panjang
  6. Mana-mana kategori kapal kurang dari panjang 50 meter atau kurang 300 GT yang dilengkapi dengan VHF dan dalam keadaan kecemasan menggunakan laluan trafik atau zon pemisah untuk mengelakkan bahaya.

3.  Siapakah Pihak berkuasa bagi kawalan STRAITREP?

Pihak berkuasa bagi kawalan dalam STRAITREP adalah seperti berikut :

  1. Sektor 1 ke Sektor 5 - VTS Klang;
  2. Sektor 6 - VTS Johor ; dan
  3. Sektor 7 ke Sektor 9 - VTS Singapura.
Bahagian Operasi Maritim
  1. Apakah antara fungsi-fungsi utama Bahagian Operasi Maritim?
    • Melaksanakan urusan Pengerukan Hidrografi & Pengurusan Wreck.
    • Menyelaras dan memantau perlaksanaan Pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control – PSC) dan Pemeriksaan Kawalan Negara Bendera (Flag State Control – FSC)
    • Menyelaras dan mengurus isu-isu perundangan serta penawaran kompaun untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS1952)
    • Mengawal selia pengurusan marina awam di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia melalui penguatkuasaan Presedur Operasi Standard (POS) Pengurusan Marina Awam.
    • Menyelaras pengurusan fleet kapal/bot Wilayah dan kapal/bot di bawah KWDA termasuk krew-krew yang terlibat.Mengawal selia pengurusan pelabuhan kecil, terminal dan jeti-jeti penumpang/awam di bawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia.
    • Mengawal selia perlaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara online.
  2. Bilakah kebiasaannya kapal-kapal bendera luar diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan Port State Control (PSC)?
    • Kapal-kapal bendera luar ini wajib menjalani pemeriksaan mengikut “New Inspection Regime (NIR)” yang ditetapkan oleh Tokyo MOU yang dilaksanakan pada 1 Januari 2014.
  3. Adakah Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan di jeti terminal penumpang?
    • Jabatan Laut hanya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan yang dilakukan di jeti terminal penumpang di bawah kawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia sahaja.
  4. Apakah itu sistem Ship Clearance System (SCS)?
    • Sistem SCS ini adalah sistem yang digunakan oleh agen/pemilik kapal dalam urusan pelepasan dan ketibaan kapal di mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia
  5. Mengapakah setiap kapal melebihi 300 GT yang memasuki mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan ke atas kapal (LLMC Protocol 1996)?
    • Sesebuah kapal perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan bagi menjamin keselamatan pelayaran kapal dan mencegah pencemaran laut dalam perairan laut Malaysia.
  6. Apakah akibat sekiranya kapal-kapal yang memasuki mana-mana pelabuhan di Malaysia tidak memiliki insuran wajib tersebut?
    • Pemilik kapal atau agen kapal tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM50,000.00 dibawah kesalahan Seksyen 361(1) OPS 1952.
  7. Apakah garis panduan untuk bot/ kapal Barter Trade yang beroperasi di jeti/pelabuhan di dalam Malaysia?
    • Garis panduan yang digunakan untuk tujuan Barter Trade adalah NPM01/2017 yang boleh didapati di dalam website www.marine.gov.my
Bahagian Pendaftaran Kapal