Notis Pemakluman Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang

PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA, PELABUHAN KLANG

Kerajaan telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Perintah ini bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik COVID-19. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sebagai pematuhan kepada perintah tersebut, para pelanggan adalah dinasihati untuk TIDAK MENGHADIRKAN DIRI ke premis Ibu Pejabat Laut. Walaubagaimanapun, untuk sebarang pertanyaan berkaitan tentang perkhidmatan-perkhidmatan IPL Jabatan Laut Malaysia para pelanggan boleh mengemukakan pertanyaan secara e-mail ke alamat-alamat seperti di Lampiran-A.

Pelanggan juga boleh melayari sistem Jabatan Laut secara atas talian bagi perkhidmatan- perkhidmatan seperti berikut:

  1. Shipper Registration System
  2. Sistem Pelepasan Kapal
  3. Sistem Kapal Berdaftar
  4. Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi (LIYR)
  5. Sistem Perakuan Insuran Kapal (SPIK)
  6. Jobseeker
  7. Seafarer Documentation System (SDPx)
  8. EduCOR
  9. Pembayaran Dius Api
  10. Malaysia Wreck Managament System (MyWREMS)

Sekian terima kasih,

Unit Korporat,
Ibu Pejabat Laut
Jabatan Laut Malaysia

Link : Notis Pemakluman Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang

Undefined
Link:  http://www.marine.gov.my/jlmv4/sites/default/files/Pemakluman%20JLM%20COVID%2019%20%28Public%29.pdf