Kawalan Industri

Apakah prosedur bagi permohonan pemeriksaan bagi kapal-kapal Malaysia (KM)?

English

Permohonan bagi menjalankan pemeriksaan kapal atau alat-alat kapal bendera Malaysia boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh di dapati  di Laman Utama Web Jabatan Laut Malaysia ruangan Perkapalan-Borang.

Seterusnya borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar melalui emel atau terus kepada Unit Akreditasi Kapal.

Perlukah pihak pemilik mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Laut Malaysia bagi melantik RO menjalankan pemeriksaan bagi sijil-sijil statutori, meluluskan pelan dan manual dibawah konvensyen antarabangsa atau bukan konvensyen bagi kapal-kapal Malaysia?

English

Tidak perlu,merujuk kepada RO instruction para 1.0 dan para 1.4.

Para 1.0
1.0 Pemberian Kuasa

1.1 RO diberikuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan mengeluarkan sijil bagi kesemua jenis kapal-kapal Malaysia yang diperlukan di bawah Konvensyen-konvensyen Antarabangsa di bawah :

1.1.1 SOLAS – Konvensyen Antrabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut 74/78 atau seperti yang dipinda.

Apakah prosedur bagi memohohon pengecualian atau lanjutan ( exemption or extension ) dibawah keperluan SOLAS, MARPOL, COLREG, Load Line, SPS, HSC, MODU, PSSC and PC?

English
  • Permohonan boleh  dibuat dengan cara mengisi borang MSN 05/2008 dengan lengkap serta mendapatkan sokongan daripada Badan Klasifikasi yang di iktiraf(RO). Permohonan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja sekiranya tiada masaalah.
  • Borang MSN 05/2008 boleh didapati di laman web www.marine.gov.my - notis - Notis Perkapalan Malaysia - Konvensyen Antarabangsa - Solas - Bab 1 - MSN 05/2008