Bahagian Pendaftaran Kapal (BPK)

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.

Edit:

Terdapat tiga kategori kapal yang dikecualikan dari pendaftaran iaitu :-

  1. Kapal yang mempunyai tanan bersih kurang daripada 15 
  2. Bot-bot yang dilesenkan
  3. Kapal ikan yang beroperasi di dalam perairan Malaysia yang kurang daripada 500 tanan kasar
Edit:

Pendaftaran semula adalah istilah yang digunakan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar yang mana pendaftaran kapal telah ditamatkan sebelum ini dan kemudiannya didaftarkan semula.

Contoh kes yang biasa berlaku seperti berikut: -

  1. Pendaftaran ditamatkan apabila kapal dijual kepada pemilik warga asing, dan kemudiannya dibeli oleh warganegara Malaysia dan didaftarkan semula di pendaftaran Malaysia.
  2. Pendaftaran ditamatkan apabila kapal ditinggalkan sebagai ranap atau hilang tetapi kemudiannya dijumpai atau diperolehi semula.
  3. Pendaftaran ditamatkan apabila pemilik memohon kapal ini dilesenkan di bawah Kaedah Bot Berlesen. Kemudiannya, kapal tersebut dijual kepada warganegara Malaysia yang memerlukan status pendaftaran.  
  4. Pendaftaran kapal diisytiharkan sebagai batal oleh mahkamah.
Edit:

Pemilik kapal perlu memaklumkan sebarang pindaan / perubahan maklumat kapal yang terkandung di dalam Sijil Pendaftaran Kapal, seperti alamat pemilik, nilai tanan kapal atau lain-lain.

Edit:

Sebelum sesebuah kapal boleh didaftarkan, nama kapal perlu diluluskan. Permohonan nama kapal boleh dibuat di mana-mana Pejabat Pendaftar kapal. Setelah nama kapal yang dipohon diluluskan, permohonan untuk mendaftarkan kapal boleh dibuat dimana-mana pejabat pendaftar kapal.

Secara kebiasaannya, Sijil Pendaftaran Kapal (Sementara) akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Kapal  sebelum Sijil Pendaftaran Kapal (Tetap ) dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Kapal.

Edit:

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran adalah :-

  1. Surat permohonan pendaftaran kapal;
  2. Pengisytiharan pemilikan kapal;
  3. Salinan sijil Pembinaan Kapal (untuk kapal baharu), Perjanjian Jual Beli, Invois, Bukti Pemilikan kapal dan lain-lain
  4. (Dokumen asal perlu dibawa untuk pengesahan);
  5. Sijil Pemeriksaan Kapal untuk pengesahan tanan dan pengukuran kapal yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal;
  6. Sijil Tanan Antarabangsa 1969, jika panjang kapal melebihi 24 meter;
  7. Sijil Pendaftaran Syarikat / Persyarikatan jika pemilik kapal adalah sebuah badan korporat;
  8. Jika kapal dibeli dari pemilikan asing atau kapal Bendera Negara asing, Sijil Pembatalan pendaftaran dan maklumat pendaftaran kapal tersebut diperlukan.
Edit:

Dalam perihal pemilikan individu, pemilik kapal atau pengurus kapal yang dilantik dibenarkan untuk membuat permohonan pindaan maklumat hak milik kapal di pejabat pendaftar kapal dengan mengemukakan :-

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Perlantikan Pengurus Kapal 
  3. Pengisytiharan Pemilikan 
  4. Dokumen asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir  
  5. Dokumen asal Sijil Pendaftaran Kapal 

Untuk kes pemilikan badan korporat :-

  1. Pengisytiharan Pemilikan 
  2. Perlantikan Pengurus Kapal 
  3. Dokumen asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir  
  4. Dokumen asal Sijil Pendaftaran Kapal 
  5. Artikel dan Memorandum Syarikat; 
  6. Borang 9 - Sijil Pendaftaran Syarikat 
  7. Borang 24 - Saham Syarikat
  8. Borang 49 - Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha
  9. Dokumen Pendaftaran Syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Labuan Financial Service Authority (LOFSA).
Edit:

Pemeriksa Kapal perlu memeriksa kapal untuk mengesahkan pindaan butiran dan mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal. Untuk pindaan butiran enjin kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah: -

  1. Sijil Pemeriksaan;
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal;
  3. Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diperakukan oleh Pemeriksa Kapal;
  4. Borang Survey 118 - Deklarasi enjin kapal.

Untuk pindaan butiran tanan kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

  1. Sijil Pemeriksaan 
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal 
  3. Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diperakukan oleh Pemeriksa Kapal
  4. Salinan Sijil Tanan Antarabangsa 1969 
Edit:

Terdapat dua jenis gadaian kapal yang pertama adalah “to secure principal sum and interest “ dan “to secure account current”. Permohonan untuk mendaftarkan gadaian kapal perlu menggunakan Borang 247/249/251 dan dokumen asal atau salinan diakui sah serta deed covenents. Fi yang dikenakan untuk proses ini adalah berpandukan kepada Jadual 13, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Edit:

10. Siapakah yang layak sebagai pemilik kapal Malaysia?

Kelayakan sebagai pemilik kapal Malaysia: -

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Jika dimiliki oleh badan korporat, hendaklah ditubuhkan di Malaysia;
  3. Mempunyai ibu pejabat di Malaysia;
  4. Majoriti (51 % atau lebih) pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  5. Majoriti ahli lembaga pengarah adalah warganegara Malaysia.

11. Dimanakah kapal boleh didaftarkan? 

Pelabuhan Daftar bagi pendaftaran ini adalah Port Kelang, Penang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Edit:

12.  Siapakah yang layak sebagai pemilik kapal Antarabangsa Malaysia?​

Kelayakan sebagai pemilik kapal Antarabangsa Malaysia: -

  1. Badan Korporat ditubuhkan di Malaysia;
  2. Mempunyai pejabat yang beroperasi di Malaysia;
  3. Majoriti (51 % atau lebih) pegangan saham dimiliki oleh warganegara asing
  4. Modal Berbayar sekurang-kurangnya 10% dari nilai kapal atau RM 1 000,000 atau yang mana lebih tinggi.

13.  Dimanakah kapal boleh didaftarkan di bawah Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia?

Pelabuhan Daftar bagi pendaftaran ini adalah Labuan.

14.  Apakah keperluan lain bagi mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini? 

  1. Di lengkapi dengan sistem dorongan mekanikal
  2. Tanan kasar tidak kurang daripada 1,600;
  3. Umur kapal tangki minyak atau pengangkut pukal tidak melebihi 15 tahun;
  4. Umur bagi kapal selain di atas tidak melebihi 20 tahun.
Edit:

Dokumen yang diperlukan ialah;

  1. Surat Permohonan
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal
  3. Salinan Polisi Insurans (Blue Card) yang diiktiraf.
Edit:

Fi yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal asing dan kapal Malaysia.

Edit:

Fi yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal Malaysia manakala RM400 untuk kapal asing.

Edit:

Berat Tanan Kasar (GT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011 ialah semua kapal yang melebihi 1,000 GT. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 1/2009.

Edit:

Kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992 ialah kapal yang membawa minyak sebagai kargo yang melebihi 2,000 tan. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 57/2005 yang dibaca bersama dengan Notis Perkapalan Saudagar JL 4/1995 NPM 4/2014.

Edit:

Berat Tanan Kasar (GT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans WRC 2007 ialah semua kapal yang melebihi 300 GT. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 5/2015.

Edit: