JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA,

PEJABAT LAUT WILAYAH SELATAN,

PETI SURAT 139,

80710 JOHOR BHARU.


PEKELILING PELABUHAN : NO. 5/2000

Tarikh : 27 Mac 2000

Kepada,

Semua masyarakat perkapalan dan pelabuhan-pelabuhan.

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DULI YANG

MAHA MULIA SULTAN JOHOR YANG KE-68

Satu temasya sukan laut akan diadakan di Pantai Lido Johor Baharu pada 8 April 2000 sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Yang Ke-68.

Sehubungan dengan itu Jabatan Laut Wilayah Selatan akan mengadakan satu perkhidmatan "Cruise to no where " di Selat Tebrau Barat pada 9 Apri;l dengan kerjasama pihak swasta yang terlibat dengan industri maritim negara. Orang ramai yang berminat adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi hari tersebut.

Semua kapal-kapal yang berada di dermaga-dermaga pelabuhan yang utama supaya dapat menghiasi kapal-kapal dengan menaikkan bendera bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Keputeraan D.Y.M Sultan Johor ini.

Sekian, Terima Kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Yang Benar,

 

 

(AZIZUDIN BIN MOHAMAD)

Ketua Bahagian Keselamatan Pelayaran.

b.p Pengarah Laut,

Wilayah Selatan.