NOTIS PERKAPALAN MALAYSIA

MALAYSIA SHIPPING NOTICE


NPM 13/1999


Ibu Pejabat Laut, Semenanjung Malaysia, Peti Surat 12, 42007 Pelabuhan Klang.

Tel: 03-3695100 Fax: 03-3685289 E-mail: kpgr@marine,gov.my http://www.marine.gov.my


MENANGANI MASALAH TAHUN 2000: KERJASAMA DENGAN SISTEM LAPORAN KAPAL MANDATORI DI SELAT MELAKA DAN SINGAPURA (STRAITREP)

ADDRESSING THE YEAR 2000 PROBLEM: CO-OPERATION WITHIN THE MANDATORY SHIP REPORTING SYSTEM IN THE STRAITS OF MALACCA AND SINGAPORE (STRAITREP)


Notis kepada Pemilik Kapal, Agen, Nakhoda, Pelaut dan semua pihak yang berkaitan.

Notice to Shipowner, Agents, Master, Seamen and all relevant parties.

__________________________________________________________________________

PENGENALAN

INTRODUCTION

1. Sistem Laporan Kapal Mandatori yang dikenali sebagai STRAITREP telah dilaksanakan di Selat Melaka dan Singapura mulai 1 Disember 1998. Lanjutan dari itu, sessi ke-70 Jawatankuasa Keselamatan Maritim Pertubuhan Maritim Antarabangsa (MSC 70) bersetuju bahawa ada keperluan bagi kapal yang menyertai sistem laporan kapal mandatori untuk melaporkan status kesediaan tahun 2000 (Y2K) mereka, sekiranya diminta oleh pihak berwajib. Untuk tujuan ini, surat pekeliling Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO MSC Circular 894) telah dikeluarkan.

1. A Mandatory Ship Reporting system known as STRAITREP was implemented in the Malacca and Singapore Straits with effect from 1 Dec 1998. Subsequently the 70 th session of the International Maritime Organisation maritime Safety Committee (MSC 70), agreed that there was a need for ships participating in mandatory ship reporting systems to inform the relevant authorities, if so requesed on their status of Year 2000 (Y2K) rediness. An IMO Circular (IMO MSC Circular 894) to this effect was promulgated.

2. Tujuan meminta kapal melaporkan kesediaan Y2K mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat perkapalan supaya mereka akan mengambil tindakan untuk mengelak ataupun mengurangkan masalah berkaitan dengan Y2K seperti masalah akibat dari kegagalan peralatan pelayaran di atas kapal. Dengan menyedari masalah yang mungkin timbul, pemilik kapal, pengurus dan nakhoda kapal akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menyediakan rancangan kontigensi yang doleh digerakan untuk mengurangkan impak kegagalan sistem kritikal atau peralatan. Tujuan yang lain adalah untuk memaklumkan pihak berwajib di negara-negara pantai berkaitan kapal yang belum bersedia Y2K untuk membolehkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga sebagaimana perlu. Oleh itu, adalah menjadi kepentingan kapal untuk berkerjasama dengan pihak berwajib negara-negara pantai. Tarikh-tarikh yang barkaitan dengan masalah Y2K termasuk 9 Sep 1999, 1 Jan 2000, 29 Feb 2000 dan 31 Dec 2000.

2. The aim of requesting ships to report their Y2K readiness is to increase the wareness among the shippng community so that they will take action to avoid or mitigate the potential problems associated with the Y2K such as those resulting from failure of shipboard navigation equipment. By being aware of the potential problems, shipowners, managers and mastersof ships would be in a better position to prepare contigency plans, which can be activated to minimise the impact of any critical system or equipment failure. Another aim is to alert the relevant authorities of the coastal states to ships that are not Y2K ready so as to anable these authorities to take precautionary measures as necessary. It is thus in the interest of ships to co-operate with the relevant authorities of coastal states. The dates associated with the Y2K problem include 9 Sep 1999, 1 Jan 2000, 29 Feb 2000 and 31 Dec 2000.

3. "Y2K Ready" bermakna pemilik kapal, pengurus dan nakhoda telah menilai impak masalah Y2K keatas operasi kapal mereka dan telah mengambil langkah-langkah wajar untuk menentukan keselamatan operasi kapal mereka termasuk menentukan rancangan-rancangan kontigensi bersedia untuk digerakan.

3. "Y2K ready" means that shipowners managers and masters have assessed the impact of the Y2K problem on their ships operations and have taken necessary measures to ensure the safe operation of their ships including ensuring that contigency plans are in pace for activation.

LAPORAN "Y2K READY" DIBAWAH STRAITREP

REPORT OF "Y2K READY" UNDER STRAITREP.

4. Susulan kepada IMO MSC Circular 894 yang meminta kapal untuk bekerjasama dengan pihak berwajib didalam sistem laporan kapal mandatori, kapal yang menyertai STRAITREP adalah dengan ini diminta memaklumkan Klang VTS, Johor VTS atau Singapura VTS samada mereka telah "Y2K Ready" dengan memberi maklumbalas "Yes" atau "No" mulai 0800 hrs pada 3 Sep 1999 (UTC: 0000 hrs pada 3 Sep 1999) sehingga 0800 hrs pada 10 Sep 1999 (UTC: 0000 hrs pada 10 Sep 1999).

4. Pursuant to IMO MSC Circular 894 requesting ships to co-operate with the relevant authorities within mandatory ship reporting system, ships participating in STRAITREP are hereby requested to inform Klang VTS and Johor VTS or Singapore VTS whether they are "Y2K Ready" by responding with a "Yes" or "No", from 0800 hrs on 3 Sep 1999 (UTC: 0000 hrs on 3 Sep 1999) to 0800 hrs on 10 Sep 1999 (UTC: 0000 hrs on 10 Sep 1999).

 

 

 

 

RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAMAN

Ketua Pengarah

Director General

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia

Marine Department Peninsular Malaysia

 

Tarikh : 24 Ogos 1999

Date : 24 August 1999