JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 9/1998


Notis kepada Nakhoda, Penjaga Waktu dan Pembantu Penjaga Waktu.


PENGENDALIAN SISTEM KOMPUTER

Notis ini adalah untuk memaklumkan kemungkinan masalah yang boleh dihadapi kepada sistem berkomputer di atas kapal akibat pertukaran tarikh pada 1 Januari 2000 yang juga dikenali sebagai masalah Y2K.

Masalah ini berkemungkinan dihadapi oleh perisisan sistem komputer yang menggunakan dua angka untuk merujuk kepada tahun semasa berdasar kepada tanggapan angka "19" sebelum dua angka yang dirujukkan. Oleh demikian sistem berkenaan tidak mungkin membezakan tahun "1900" dengan tahun "2000" menjelang tahun baru genap pada jam 0000 1hb. Januari 2000.

Kapal yang dikendalikan oleh tuan mungkin dilengkapkan dengan sistem komputer untuk melaksanakan secara bersendirian atau secara berintegrasi berbagai fungsi diantaranya berkait dengan keselamatan dan pengawalan pencemaran seperti pelayaran, perhubungan, pengawalan kegunaan enjin dan jentera-jentera, pengawalan kargo dan sebagainya. Tuan hendaklah prihatin kemungkinan sistem-sistem komputer ini menghadapi masalah Y2K. Masalah Y2K berpotensi untuk menyebabkan situasi keselamatan dan pengawalan pencemaran yang serius sekiranya komponen elektronik dan peralatan ang kritikal gagal pada masa dan tarikh yang berkenaan.

Sungguhpun masalah Y2K disabitkan dengan perisian penggunaan dengan komputer personel atau komputer pertalian ( networks computers ). Tuan hendaklah prihatin kepada potensi masalah ini dengan operasi peralatan yang terdapat " embedded chips". Embedded chips" ini mungkin terkait dengan komponen perisian yang digunakan untuk mengawal, mengawas dan membantu operasi yang melibatkan jentera dan peralatan perkapalan.

Pemilik, penyewa dan pengusaha kapal telah dinasihatkan melalui Notis Perkapalan No. 8 untuk mengamil tindakan dan prosedur bagi mengenali serta mengenali serta mengatasi masalah Y2K ini. Masalah ini wajar diatasi dengan cara yang berkoordinasi diantara tuan, krew tuan, pemilik/pengurus kapal dan badan klasifikasi yang berkenaan. Langkah-langkah yang patut diambil termasuk yang berikut:

Sekiranya Jabatan Laut memerhatikan bahawa tindakan yang sewajarnya tidak diambil tindakan susulan akan diambil khusus dalam penyemakan persijilan "SMS" bagi keperluan Kod " ISM".



Sekian, terima kasih.



(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAN)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia

Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang


Tarikh: 21 OGOS 1998