JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 8/1998


Notis kepada Pemilik, Penyewa dan Pengusaha Kapal.


PENGENDALIAN SISTEM KOMPUTER

Notis ini adalah untuk memaklumkan kemungkinan masalah yang boleh dihadapi kepada sistem berkomputer di atas kapal akibat pertukaran tarikh pada 1 Januari 2000 yang juga dikenali sebagai masalah Y2K.

Masalah ini berkemungkinan dihadapi oleh perisisan sistem komputer yang menggunakan dua angka untuk merujuk kepada tahun semasa berdasar kepada tanggapan angka "19" sebelum dua angka yang dirujukkan. Oleh demikian sistem berkenaan tidak mungkin membezakan tahun "1900" dengan tahun "2000" menjelang tahun baru genap pada jam 0000 1hb. Januari 2000.

Beberapa kapal dilengkapkan dengan perisian sistem komputer untuk pengendalian fungsi- fungsi yang diantaranya berkait dengan keselamatan dan pengawalan pencemaran seperti pelayaran, perhubungan, pengawalan kegunaan enjin dan jentera-jentera berkaitan, pengawalan kargo dan sebagainya. Pemilik kapal hendaklah prihatin kemungkinan perisisan sistem komputer ini menghadapi masalah Y2K yang berpotensi untuk menyebabkan kegagalan komponen elektronik yang kritikal kepada keselamatan pelayaran dan pengawalan pencemaran.

Bagi sistem komputer jenis yang diluluskan oleh Badan Klasifikasi, pemilik kapal dinasihatkan mendapat penetapan dan panduan Badan Klasifikasi yang berkenaan mengenai penentuan serta penyelesaian masalah Y2K.

Bagi peralatan lain yang bersabit dengan sistem komputer ataupun peralatan yang mengandungi " embedded chip" pemilik kapal adalah dinasihatkan untuk menyemak dengan pembuat atau pembekal peralatan tersebut untuk memastikan bahawa masalah Y2K tidak timbul.

Jenis-jenis sistem komputer di atas kapal yang mungkin terlibat termasuk yang berikut:



Sekian, terima kasih.



(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAN)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia

Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang

Tarikh: 21 OGOS 1998