JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 6/1998


Notis kepada Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia dan Agen-Agen Perkapalan di Malaysia


AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR ( PENCEMARAN MINYAK ) 1994

Perakuan Insurans atau Cagaran Kewangan Lain Berkenaan Dengan Liabiliti Sivil Bagi Kerosakan Pencemaran Minyak


Notis Berkaitan No. 4/95

Tujuan

1. Tujuan pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan keperluan kapal-kapal berdaftar di Malaysia dan kapal-kapal berdaftar di negara lain selain daripada Malaysia yang mengangkut minyak melebihi 2000 tan secara pukal berkenaan perakuan insurans.

Latarbelakang

2. Akta Perkapalan Saudagar ( Pencemaran Minyak ) 1994, Akta 515 berkuatkuasa pada 6 April 1995. Tujuan Akta 1515 ial,ah untuk melaksanakan konvensyen antarabangsa seperti berikut:-

3. Akta 515 memerlukan kapal yang mengangkut minyak melebihi 2000 tan secara pukal memperolehi perakuan insurans. Keperluan ini terpakai ke atas kapal yang berdaftar di Malaysia dan kapal asing yang singgah di Pelabuhan- pelabuhan Malaysia.

Protokol 1992 kepada Konvensyen CLC 1969

4. Pihak IMO telah memaklumkan bahawa Protokol tersebut di atas telah berkuatkuasa pada 30 Mei 1996 lanjutan daripada penerimaan oleh 10 negara. Negara-negara ahli kepada Protokol 1992 telah menerima pakai persijilan perakuan insuran oleh negara ahli kepada Konvensi CLC 1969 sahaja setakat 15 Mei, 1998.

5. Mulai 16 Mei 1998 negara-negara yang telah mengiktiraf Protokol 1992 telah melepaskan obligasi mereka di bawah Konvensyen CLC 1969. Justeru itu negara-negara ini tidak lagi dianggap sebagai negara CLC 1969 di bawah Akta A 515.

Penerimaan Perakuan Insuran dibawah Protokol 1992

6. Sejajar dengan P.U.(A) 102 [ Peraturan-peraturan Perkapalan ( Pencemaran Minyak) ( Insuran Wajib ) 1995] Pengarah Laut menerima pakai perakuan insurans yang dikeluarkan oleh negara ahli kepada konvensyen 1969 mahupun untuk kapal di bawah bendera mereka ataupun untuk kapal bendera lain.

7. Lazimnya negara kepada Protokol 1992 yang telah melepaskan obligasinya dibawah Konvensi 1969 tidak boleh mengeluarkan perakuan insurans yang dikenali di bawah Akta 515.

8. Oleh demikian semua kapal yang emperolehi perakuan insuran di bawah Protokol 1992 yang singgah di pelabuhan-pelabuhan Malaysia perlu dibekalkan dengan perakuan insurans oleh Pengarah Laut di bawah Peraturan P.U.(A) 102/1995.

Permohonan Untuk Perakuan Insurans

9. Setiap permohonan untuk perakuan insurans oleh Pengarah Laut, hendaklah disusuli bersama polisi insurans ( blue card) CLC 69 yang dikeluarkan oleh pihak insurans seperti P&I Club.



Sekian, terima kasih.


(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAN)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia

Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang

Tarikh: OGOS 1998