JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 3/1998


Notis kepada Pemilik, pengusaha, Nahkoda, Pelaut dan semua pihak yang berkaitan.

PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL KECEKAPAN (PEGAWAI JURUTERA MARIN) KELAS 1 DAN 2

Merujuk kepada perkara ingin dimaklumkan bahawa berkuatkuasa dari tarikh 01 September 1998 Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia, Pelabuhan Klang tidak akan mengendalikan lagi Peperiksaan Bertulis bagi gred sijil Pegawai Jurutera Marin Kelas 1 dan 2.

2. Walaubagaimanapun bagi Peperiksaan Ujian Lisan masih kekal dikendalikan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan segala permohonan mengenainya boleh dilakukan seperti sediakala.

3. Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Melaka telah diberi kebenaran mengendalikan kursus dan menjalankan penilaian oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Penilaian yang dibuat oleh ALAM telah diiktiraf sebagai taraf dengan Peperiksaan Bertulis yang dulu dikendalikan oleh jabatn Laut Semenanjung Malaysia.

4. Oleh yang demikian segla permohonan dan pembayaran bagi menduduki peperiksaan berkenaan hendaklah berurusan terus dengan pihak ALAM.


Sekian, terima kasih.



(KAPT. ABD. RAHIM BIN AKOB)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia
Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang

Tarikh: 05 JUN 1998