JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 1/1998


Notis kepada Pemilik, pengusaha, Nahkoda, Pelaut dan semua pihak yang berkaitan.

KOD PENGURUSAN KESELAMATAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL SAFETY MANAGEMENT CODE) - KETETAPAN MENGENAI BEBERAPA ISU BERKAITAN.

Merujuk kepada perkara tersebut diatas dan penguatkuasaan Bab IX SOLAS (Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa) pada 1hb Julai 1998 keatas beberapa jenis kapal yang telah ditetapkan, maka adalah dengan ini pihak Jabatan membuat beberapa ketetapan mengenai beberapa isu berkaitan seperti berikut:

Lantikan Pengurus Kapal Kapal Malaysia Yang Bukan Sebuah Syarikat Yang Ditubuhkan Di Malaysia
  1. Secara amnya, pihak Jabatan tidak memberi kuasa kepada mana mana organisasi untuk mengeluarkan Dokumen Kepatuhan (Document of Compliance) bagi pihak Kerajaan Malaysia kepada mana mana syarikat pengurusan kapal yang ditubuh di Malaysia. Prosidur bagi memohon Dokumen Kepatuhan bagi syarikat pengurusan kapal yang ditubuhkan di Malaysia adalah seperti yang digariskan didalam Notis Perkapalan Saudagar No. 1/97


  2. Pihak Jabatan secara dasarnya akan membuat pengoditan dan seterusnya mengeluarkan Dokumen Kepatuhan bagi syarikat pengurusan kapal yang ditubuh diluar negara. Walau bagaimana pun, pengiktirafan kepada Badan Kelasifikasi bagi maksud menjalankan tanggung jawab berkenaan boleh dipertimbangkan secara ‘case by case’.


  3. Oleh kerana itu, syarikat pengurusan kapal yang bukan ditubuhkan di Malaysia yang bermaksud untuk mendapatkan Dokumen Kepatuhan perlu memohon kepada Jabatan mengikut prosidur seperti yang dinyatakan didalam Lampiran 1 kepada Notis ini.


  4. Syarikat pengurusan kapal yang ditubuh diluar negara yang telah memperolehi surat pengiktirafan yang dikeluarkan sebelum Notis ini boleh memohon kepada Jabatan bagi maksud mendapatkan pengiktirafan kepada Badan Kelasifikasi untuk mengeluarkan Dokumen Kepatuhan .

Status Dokumen Kepatuhan Apabila Struktur Syarikat Pengurusan Dipinda
  1. Status Dokumen Kepatuhan yang dikeluarkan kepada mana mana syarikat pengurusan kapal akan terbatal secara automatik jika syarikat pengurusan kapal tersebut membuat pengubahsuaian utama (major modification) keatas sistem pengurusan keselamatan yang telah diujud dan diluluskan semasa pengoditan Dokumen Kepatuhan asal.


  2. Pengubahsuaian utama juga bermaksud:



    (1) Untuk mengelakkan pembatalan status Dokumen Kepatuhan berkenaan, mana mana syarikat pengurusan kapal yang bertujuan untuk membuat pengubahsuaian utama seperti yang dinyatakan didalam perenggan 2(1) dan 2(2) diatas adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah langkah awalan seperti berikut


    (2) Odit Kepatuhan (Compliance Audit) bagi maksud mengesahkan pindaan yang telah dibuat akan dilakukan serentak bersama odit verifikasi tahunan.


  3. Bagi maksud pengubahsuaian utama seperti yang dinyatakan didalam perenggan 2(3) diatas, pengesahan semula Dokumen Kepatuhan tidak akan dipertimbangkan.


  4. Semua Badan Kelasifikasi, Organisasi atau orang persaorangan yang mempunyai maklumat berkenaan pengubahsuaian utama keatas sistem pengurusan keselamatan syarikat pengurusan kapal seperti yang dinyatakan diatas adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan pada kadar yang segera.


Pengeluaran Dokumen Kepatuhan Sementara dan Sijil Pengurusan Keselamatan Sementara (Interim Document of Compliance and Interim Safety Management Certificate)
  1. Secara dasarnya, pihak Jabatan tidak memberi kuasa kepada mana mana pihak ketiga bagi maksud pengeluaran Dokumen Kepatuhan Sementara. Ini bertujuan untuk menyelaras pengeluaran sijil sijil sementara berkenaan supaya kawalan yang lebih ketat dapat dilakukan.


  2. Dokumen Kepatuhan Sementara diperlukan apabila perkara perkara seperti berikut berlaku:


  3. Sijil Pengurusan Keselamatan Sementara diperlukan apabila perkara perkara seperti berikut berlaku:


  4. Permohonan bagi mendapatkan Dokumen Kepatuhan Sementara atau Sijil Pengurusan Sementara perlu dibuat terus kepada Jabatan berdasarkan kepada prosidur permohonan seperti yang dinyatakan didalam Lampiran 2.


  5. Jika diluluskan, pihak Jabatan akan mengeluarkan sendiri atau memberi kuasa kepada Badan Kelasifikasi untuk mengeluarkan Dokumen Kepatuhan Sementara dan / atau Sijil Pengurusan Keselamatan Sementara bagi satu tempoh yang difikirkan sesuai. Adalah menjadi tanggungjawab Pemohon untuk memastikan bahawa Dokumen Kepatuhan dan / atau Sijil Pengurusan Keselamatan diperolehi didalam jangka waktu tersebut.


Tempoh Waktu (Window Period) Endorsan Tahunan Dokumen Kepatuhan
  1. Tempoh waktu endorsan tahunan Dokumen Kepatuhan adalah diantara 3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas tarikh tahunan (anniversary date) Dokumen Kepatuhan berkenaan.


  2. Sesuatu Dokumen Kepatuhan yang tidak menerima endorsan tahunan didalam tempoh yang dinyatakan akan secara automatik terbatal. Sehubungan dengan itu, oditan pemverifikasi (verification audit) perlu dijalankan bagi maksud pengeluaran Dokumen Kepatuhan semula.


Penguatkuasaan Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa Keatas Vesel Pembekal Luar Pantai (Offshore Supply Vessel) Malaysia Yang Membawa Penumpang Dari Kategori 'Kakitangan Industri' (Industrial Personnel)
  1. Pihak Jabatan telah mentakrifkan vesel pembekal luar pantai (offshore supply vessel) berpendaftaran Malaysia yang membawa penumpang dari kategori kakitangan industri (industrial personnel) sebagai bukan dari jenis kapal penumpang. Sehubungan dengan itu, Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa akan hanya dikuatkuasakan keatas jenis kapal berkenaan pada 1hb Julai 2002.


  2. Takrifan berkenaan hanya berkuatkuasa bagi vesel pembekal luar pantai didalam kategori seperti berikut sahaja:


  3. Bagi vesel pembekal luar pantai yang berpendaftaran asing dan / atau vesel pembekal luar pantai yang beroperasi diluar perairan Malaysia, takrifan yang berkuatkuasa adalah takrifan yang dibuat oleh Negara Bendera vesel dan / atau Negara Bendera dimana vesel berkenaan beroperasi.


  4. Takrifan perenggan 1 diatas tidak terpakai bagi vesel pembekal luar pantai daftaran asing dimana Negara Bendera vesel berkenaan tidak membuat takrifan sendiri.


Tindakan Penguatkuasaan Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa Di Pelabuhan Malaysia
  1. Pihak Jabatan akan mula menguatkuasakan keperluan Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa bagi semua kapal berkaitan yang memasukki pelabuhan di Malaysia bermula dari 1hb Julai 1998 selaras dengan tarikh kuatkuasa Bab IX SOLAS


  2. Kapal, dimana proviso Bab IX SOLAS digunapakai, yang memasuki pelabuhan Malaysia yang tidak mempunyai Sistem Pengurusan Keselamatan yang disahkan akan dikenakan tindakan kawalan negara pelabuhan yang tegas termasuk penahanan dan selanjutnya larangan memasukki mana mana pelabuhan di Malaysia yang lain selepas itu sehingga bukti implementasi Sistem Pengurusan Keselamatan yang secukupnya dapat disediakan.


  3. Pemilik juga adalah dinasihatkan bahawa tindakan yang serupa boleh dikenakan keatas mereka di pelabuhan rantau Asia Pasifik dan Eropah diatas kegagalan mereka megimplementasi Kod berkenaan.


Penguatkuasaan Ketetapan

Ketetapan seperti yang dinyatakan didalam Notis ini akan berkuatkuasa dari tarikh Notis ini

Sekian, terima kasih


(GHAZALI BIN ABU HASSAN)
Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia
Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang
Tarikh: 12.05.98



Sebarang pertanyaan mengenai Notis ini boleh diajukan kepada:

Ketua Pengarah Laut
Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia
Jabatan Laut Sem. Malaysia
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang, Malaysia

jamil@marine.gov.my
hazman@marine.gov.my