JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 10/1998


Notis kepada Pemilik Kapal, Agen, Nakhoda, Pelaut-pelaut dan semua pihak yang berkaitan.


PELAKSANAAN SEPENUHNYA GLOBAL MARITIME DISTRESS AND SAFETY SYSTEM PADA 1 FEBRUARI 1999.

1. Pada tahun 1988, the Conference of Contracting Government to the 1974 SOLAS Convention on the the Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS Conference) telah menerimapakai pindaan kepada Bab IV, SOLAS 1974 berkenaan perhubungan radio. Pindaan tersebut berkuatkuasa secara berperingkat mulai 1 Februari 1992 dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Februari 1999 dan terpakai keatas kapal kargo melebihi 300 tanan kasar dan kapal penumpang tanpa mengira saiz tanan kasar.

2. Oleh kerana Malaysia adalah parti kepada SOLAS 1974, pindaan diatas terpakai keatas kapal konvensyen yang berdaftar di Malaysia.

3. Kapal yang dibina sebelum 1 Februari 1992 diberi tempoh sehingga 1 Februari 1999 untuk memasang peralatan GMDSS bersesuaian dengan pindaan kepada Bab IV, SOLAS 1974.

4. Kapal yang dibina selepas 1 Februari 1992 tetapi sebelum 1 Februari 1995 diberi pilihan samada untuk memasang peralatan GMDSS bersesuaian dengan pindaan kepada Bab IV, SOLAS 1974 atau peralatan radio bersesuaian dengan SOLAS 1974 yang berkuatkuasa sebelum 1 Februari 1992. Sekiranya kapal memilih untuk memasang peralatan radio bersesuaian dengan SOLAS 1974 yang berkuatkuasa sebelum 1 Februari 1992, mereka perlu memasang peralatan GMDSS sebelum 1 Februari 1999.

5. Kapal yang dibina selepas 1 Februari 1995 dikehendaki memasang peralatan GMDSS bersesuaian dengan pindaan kepada Bab IV, SOLAS 1974.

6. Pemilik kapal konvensyen yang berdaftar di Malaysia yang belum dilengkapkan dengan peralatan GMDSS diingatkan bahawa mereka dikehendaki menentukan kapal-kapal mereka dilengkapkan dengan peralatan GMDSS sebelum 1 Februari 1999. Pemilik kapal juga diperingatkan bahawa kegagalan untuk memasang peralatan GMDSS selepas 1 Februari 1999 akan menjejaskan persijilan kapal mereka dibawah Bab IV, SOLAS 1974 dan ini boleh mengakibatkan penahanan kapal berkenaan dibawah peraturan Port State Control.

7. Untuk menyokong pelaksanaan GMDSS, Jabatan Laut akan mengisytiharkan Kawasan Laut A1 dan A2 diluar pantai Malaysia melalui pengwujudan beberapa stesen radio VHF DSC dan MF DSC.

8. Jabatan Laut akan memperkenalkan peraturan bagi memperluaskan sebahagian dari keperluan peralatan GMDSS kepada kapal-kapal bukan konvensyen. Makluman berkaitan peraturan ini akan dibuat pada waktu yang wajar.



(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAMAN)
Ketua Pengarah
Director General
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.
Marine Department Peninsular Malaysia.


Tarikh: Oktober 1998