JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 6/1996


Notis kepada Pemilik, pengusaha, Nahkoda, Pelaut dan semua pihak yang berkaitan.


KEPERLUAN "GMDSS GENERAL OPERATORS CERTIFICATE" BAGI MALAYAKKAN MENERIMA SESUATU SIJIL KECEKAPAN LAUT (DEK)

Dimaklumkan bahawa semua calun bagi peperiksaan sijil kecekapan laut (Dek) selain dari sijil Kecekapan sebagai Jurumudi adalah diperlukan mempunyai samaada Sijil Operator Am GMDSS (GMDSS General Operators Certificate) atau Sijil Kecekapan Terhad Radio Telefon (Restricted Certificate of Competency in Radio Telephone) sebelum layak menerima sesuatu sijil kecekapan tersebut.

2. Keperluan ini adalah berkuatkuasa dari tarikh notis ini.



Sekian.



(MUHAMMAD ABDUL BASAR BIN TAJI)
b.p. Ketua Pengarah Laut,
Semenanjung Malaysia.

Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia,
Peti Surat 12,
42007 PELABUHAN KLANG
MALAYSIA

Tarikh : 5 Ogos 1996