JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 4/1997


Notis kepada Pemilik, Pengusaha, Agen, Nahkoda, Pelaut dan semua pihak yang berkaitan


PENYELENGGARAAN TALI TANGGA MUALIM (PILOT LADDER) DIATAS KAPAL

Dimaklumkan bahawa baru-baru ini, satu nyawa telah terkorban diatas kapal M.V. Bonlite apabila mangsa yang berkenaan telah jatuh akibat daripada tali tangga mualim yang digunakan telah putus. Kamalangan sedemikian seharusnya tidak berlaku sekiranya langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.

2. Selaras dengan itu, semua pihak yang berkaitan dengan industri perkapalan terutamanya Nahkoda Kapal dan Pelaut adalah sekali lagi diingatkan supaya mempastikan supaya tangga mualim (pilot ladder) sentiasa berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Pelaut juga diminta supaya mempastikan tangga mualim disimpan ditempat yang bersih dan kering semasa tidak digunakan. Dalam pada itu perhatian harus juga agar tali tangga mualim sentiasa dijauhkan dari terkena minyak yang boleh mengakibatkan tali berkenaan menjadi reput.

3. Tangga mualim yang dijaga dengan baik bukan sahaja akan tahan lebih lama, malah dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini



Sekian.



(MUHAMMAD RAZIF BIN AHMAD)
b.p. Ketua Pengarah Laut,
Semenanjung Malaysia.

Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia,
Peti Surat 12,
42007 PELABUHAN KLANG
MALAYSIA

Tarikh : 1 Julai 1997