JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 4/1996


Notis Kepada Pemilik Kapal, Syarikat Perkapalan, Anak-anak Kapal dan Pihak-pihak Lain Yang Berkaitan



PENGUATKUASAAN STCW 1978 (PINDAAN 1995)

  1. Konvensyen STCW 78 (Pindaan 95) akan mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1997. Diantara kehendak-kehendak Konvensyen yang mesti dipatuhi mulai 1 Februari 1997 adalah seperti berikut:


  2. Selaras dengan penguatkuasaan Konvensi tersebut semua pemilik kapal, syarikat-syarikat Perkapalan, anak-anak kapal serta semua pihak yang berkaitan dengan perusahaan perkapalan adalah dinasihati agar menggambil langkah-langkah wajar untuk memenuhi kehendak-kehendak Konvensyen tersebut mulai sekarang untuk mengelakkan kesulitan keatas kapal masing-masing. Bagi tujuan itu, Kerajaan Malaysia akan mengenakan syarat-syarat berikut:-

    SERTA MERTA

    2.1. Semua pemilik kapal hendaklah memberi maklumat atau mengeluarkan arahan-arahan sewajarnya kepada nakhoda-nakhoda kapal berhubung dengan keperluan-keperluan tambahan yang terkandung di dalam Konvensyen STCW 78 (Pindaan 95) yang dimaksudkan.

    2.2. Semua kakitangan kapal boleh bertutur dalam bahasa Malaysia atau Inggeris untuk membolehkan mereka memahami antara satu sama lain.

    2.3. Setiap pegawai yang berkhidmat di atas kapal Malaysia diwajibkan membawa Sijil Kecekapan Asal dan Sijil Endosmen Asal.

    MULAI 1 JULAI 1996

    2.4. Semua pegawai kapal Malaysia termasuk warganegara asing diwajibkan mempunyai Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Semua pegawai diwajibkan memenuhi standard kesihatan termasuk tahap penglihatan dan pendengaran seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Butir-butir standard kesihatan dan format sijil kesihatan adalah seperti yang diishtiharkan oleh Ketua Pengarah Laut melalui Notis Perkapalan.

    2.5. Semua calun peperiksaan Sijil Kecekapan Laut (Dek dan Injin) diwajibkan memegang Sijil Kesihatan yang dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan yang diiktiraf serta memenuhi kehendak standard kesihatan termasuk Penglihatan dan Pendengaran seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.

    2.6. Semua calon peperiksaan Sijil Kecekapan Laut (Dek dan Injin) kecuali gred Helmsmen, diwajibkan memegang Sijil Proficiency in Survival Craft yang diiktiraf.

    MULAI 1 FEBRUARI 1997

    2.7. Semua calon peperiksaan Sijil Kecekapan Laut bagi gred Nakhoda, Ketua Pegawai, Ketua Jurutera, Jurutera Kedua dan Pemandu Injin Kelas Satu diwajibkan memegang Sijil Kursus Melawan Kebakaran Lanjutan (Advanced Fire Fighting) yang diiktiraf.

    2.8. Semua pegawai kanan yang berkhidmat di atas kapal Malaysia (Nakhoda, Ketua Pegawai, Ketua Jurutera, Jurutera Kedua dan Pemandu Injin Kelas Satu) termasuk pelaut warganegara asing, diwajibkan memegang sijil Kursus Melawan Kebakaran Lanjutan (Advanced Fire Fighting) yang diiktiraf.

    2.9. Pelaut asing yang memegang sijil kecekapan yang dikeluarkan oleh negara yang belum lagi menandatangani Konvensyen STCW 78 tidak akan dibenarkan berkhidmat di atas mana-mana kapal Malaysia.

    2.10. Semua pegawai di atas kapal Malaysia termasuk pelaut warganegara asing dimestikan mempunyai bukti telah menjalani kursus Personal Survival, Basic Fire Fighting, Basic First Aid dan Proficiency In Survival Craft.

    2.11. Setiap anak kapal pangkat rendah (rating) yang berkhidmat diatas kapal tangki Malaysia diwajibkan memegang Sijil Endosmen Kapal Tangki. Rating yang telah berkhidmat di atas kapal tangki tidak kurang daripada 1 tahun boleh memohon sijil endosmen kapal tangki mulai sekarang. Rating yang tidak mempunyai perkhidmatan atas kapal tangki hendaklah menjalani kursus kapal tangki untuk mendapat sijil.

    2.12. Anak kapal pangkat rendah (rating) yang ditugaskan menjalan jagaan (watchkeeping) navigasi atau dalam bilik jentera diwajibkan memegang Sijil Jagaan. Rating yang telah menjalankan tugas jagaan tidak kurang daripada 6 bulan boleh memohon untuk mendapatkan sijil/endosmen jagaan mulai sekarang.

    2.13. Pegawai kapal yang memegang sijil kecekepan keluaran negara asing akan hanya dibenarkan berkhidmat di atas kapal Malaysia tidak lebih dari 3 bulan tanpa Sijil Endosmen (PTS). Kebenaran ini diberi dengan syarat tuan punya kapal mempunyai dokumen sebagai bukti bahawa permohonan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mendapatkan Sijil Endosmen.

    2.14. Semua kapal-kapal Malaysia diwajibkan mempamer ditempat yang mudah dilihat di atas kapal Jadual Bertugas pegawai-pegawai kapal. Pengusaha kapal juga mesti memastikan bahawa setiap pegawai kapal diberi masa rehat tidak kurang dari 10 jam dalam masa setiap 24 jam.



  3. Semua Sijil Kecekapan Laut Malaysia (Dek dan Injin) yang dikeluarkan pada atau sebelum 31 Mac, 1992 dikehendaki disah semula (revalidate) sebelum 31 Mac, 1997 bagi membolehkan pemegang sijil berkhidmat di atas kapal Malaysia dan memegang jawatan yang tercatat di dalam sijil. Sijil yang tidak disah semula tidak akan melayakkan pemegang sijil berkhidmat di atas kapal Malaysia untuk jawatan yang tercatat di dalam sijil selepas tarikh tersebut. Semua pemegang sijil yang dimaksudkan hendaklah mengemukakan permohonan untuk pengesahan semula sijil masing-masing mengikut syarat serta prosedur yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Laut dalam Notis Perkapalan.


  4. Selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas, pemilik-pemilik kapal juga adalah dinasihatkan agar memenuhi serta mematuhi kehendak-kehendak lain dalam Konvensyen untuk mengelakkan masalah Port State Control ke atas kapal-kapal mereka mulai 1 Februari 1997 nanti.




(HJ. GHAZALI B. ABU HASSAN)
KETUA PENGARAH LAUT
SEMENANJUNG MALAYSIA.
IBU PEJABAT LAUT
PELABUHAN KELANG

Tarikh : 26 April 1996