JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 3/1997


Notis kepada Pemilik, pengusaha, Agen, Nahkoda, Pelaut dan semua pihak yang berkaitan.


TARAF PEMERIKSAAN OLEH BADAN KELASIFIKASI BAGI KAPAL-KAPAL TERPAKAI YANG AKAN DIDAFTAR DI PELABUHAN PENDAFTARAN MALAYSIA

Merujuk kepada perkara tersebut di atas, adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua Pemilik Kapal, Pengusaha, Agen, Nahkoda, Badan Klasifikasi dan semua pihak yang berkaitan bahawa pihak Jabatan telah menetapkan supaya semua kapal-kapal terpakai yang akan didaftar dimana-mana pelabuhan pendaftaran Malaysia perlu menjalani pemeriksaan semula mengikut taraf pemeriksaan seperti di bawah


2. Pendaftaran tetap kapal berkenaan akan hanya dikeluarkan setelah pihak Jabatan berpuashati bahawa kapal tersebut berada didalam keadaan layar belayar melalui pengeluaran semula sijil staturi oleh Badan Kelasifikasi atau laporan pengesahan dari Badan Kelasifikasi yang mengandungi kenyataan khusus mengenai keadaan kapal dan taraf layak belayarnya.

3. Ketetapan ini berkuatkuasa dari 15 Julai 1997.

4. Segala pertanyaan atau penjelasan hendaklah diajukan secara bertulis kepada dan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Laut dialamat seperti dibawah.



Sekian, terima kasih.



(ABDUL JAMIL BIN MURSHID)
b.p. Ketua Pengarah Laut,
Semenanjung Malaysia.

Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia,
Peti Surat 12,
42007 PELABUHAN KLANG
MALAYSIA

Tarikh : 1 Julai 1997