JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 3/1996


Notis Kepada Pemilik Kapal, Syarikat Perkapalan, Anak-anak Kapal dan Pihak-pihak Lain Yang Berkaitan



PROSEDUR PENGESAHAN SEMULA SIJIL KECEKAPAN LAUT
  1. Selaras dengan kehendak Konvensyen STCW, setiap pegawai dek, jurutera dan pemandu injin laut yang memegang sijil kecekapan laut yang berkhidmat di laut atau ingin kembali berkhidmat di laut selepas berkhidmat di darat, agar terus layak berkhidmat di laut dalam pangkat mengikut sijilnya, hendaklah setiap tempoh yang tidak melebehi lima tahun, mengesah semula sijil kecekapannya.


  2. Syarat-syarat untuk pengesahan semula sijil kecekapan laut adalah seperti berikut:

    Memuaskan Ketua Pengarah Laut berhubung dengan;



  3. Pemegang sesuatu sijil kecekapan akan hanya layak menjawat pangkat yang lebih rendah dari pangkat yang tercatat di dalam sijilnya sekiranya pemegang sijil tidak menjalani perkhidmatan laut yang secukupnya untuk mengesahkan semula sijilnya. Sijilnya hanya layak disahkan semula selepas menamatkan tiga bulan perkhidmatan laut dengan pangkat yang lebih rendah itu.


  4. Pegawai-pegawai yang memegang endosmen kargo merbahaya untuk berkhidmat di atas kapal tangki minyak, kimia atau gas cecair hendaklah, selain daripada memenuhi kehendak-kehendak pengesahan semula sijil yang dinyatakan di para 1 di atas, mengemukakan bukti perkhidmatan sekurang-kurangnya selama tiga bulan (yang tidak perlu berterusan) di atas mana-mana jenis kapal tangki dalam tempoh lima tahun yang lalu. Perkhidmatan di atas mana-mana jenis kapal tangki adalah sah untuk pengesahan semula jenis sijil endosmen kargo merbahaya yang dipegang.


  5. Mana-mana pegawai yang memegang sijil endosmen kargo merbahaya yang tidak berkhidmat di atas kapal tangki dalam tempoh 5 tahun yang lalu adalah tidak layak untuk berkhdimat di atas kapal-kapal tangki dan sijil endosmennya dianggap terbatal. Sebelum apa-apa sijil endosmen dikeluarkan semula, seseorang pegawai itu dikehendaki sama ada:-



  6. Permohonan untuk mengesahkan semula sijil kecekapan laut dan endosmen kapal tangki hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang ditetapkan di Lampiran 2. . Setiap permohonan hendaklah dikemukakan dengan datang sendiri atau dikirim melalui pos berdaftar kepada :



  7. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sijil kecekapan asal dan disokong dengan dokumen-dokumen lain serta bayaran sebanyak RM50 dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos atas nama Pengarah Laut. Pemegang sijil yang tersenarai di Lampiran 1 hendaklah mengemukakan surat perakuan Ketua Jabatan masing-masing. Salinan fotostat sijil tidak akan diterima.


  8. Ketua Pengarah Laut boleh, jika difikirkan seseorang pegawai itu tidak layak, menolak permohonan pengesahan semula sijil pegawai tersebut.




(HJ. GHAZALI B. ABU HASSAN)
Ketua Pengarah Laut Semenanjung Malaysia.
Ibu Pejabat Laut,
Pelabuhan Kelang

26 April 1996