(NOTA MAKLUMAT DAN PANDUAN MERIN)

(MARINE INFORMATION AND GUIDANCE NOTE)

NMPM 6 /1999

JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA


Ibu Pejabat Laut, Semenanjung Malaysia, Peti Surat 12, 42007 Pelabuhan Klang.

Tel: 03-3686616 Fax: 03-3685289 E-mail: kpgr@marine,gov.my

http://www.marine.gov.my


TARIKH AKHIR UNTUK PEPERIKSAAN BERTULIS PERAKUAN KEKOMPETENAN DEK KELAS SATU

FINAL DATE FOR WRITTEN EXAMINATON OF CERTIFICATE OF COMPETENCY CLASS ONE DECK


Pemakluman kepada pemilik kapal, nakhoda, pegawai dek, anak kapal serta mereka di Pusat Latihan Maritim

Information to shipowners, masters,deck officers, ratings and those concerned in the maritime training institutions


Notis Perkapalan Saudagar JL 9/1995 dan Notis Perkapalan Malaysia NPM 2/1999 dirujuk.

2 Notis Perkapalan Saudagar JL 9/1995 adalah berkenaan ‘Kelayakan perkhidmatan laut untuk mengikuti kursus persediaan ‘combined class 1 and class 2’ di Akademi Laut Malaysia’. Kursus cantuman (combine course) Kelas 1/2 pertama-kali diadakan di ALAM dari 3hb Julai 1995 hingga 25hb Mei 1996 dan diikuti dengan kursus cantuman seterusnya.

Notis Perkapalan Malaysia NPM 2/1999 adalah pindaan tarikh peperiksaan untuk pegawai dek Kelas 1,2 dan 3. Notis ini memberitahu tentang tarikh terakhir Jabatan Laut mengendalikan peperiksaan bertulis bagi gred perakuan Kelas 1,2 dan 3 adalah pada 15hb March. Calon-calon yang ingin mengambil peperiksaan bertulis gred kelas diatas selepas 15hb March 1999 perlu menghadiri dan lulus Skim Penilaian Dalaman ynag dikendalikan oleh Akademi Laut Malaysia.

3 Didapati sebahagian pegawai dek yang memegang perakuan kekompetenan Kelas 2 yang telah mengikuti kursus persediaan Kelas 1 di Akademi Laut Malaysia (ALAM) sebelum Julai 1995 masih belum lulus sepenuhnya peperiksaan bertulis Kelas 1. Jabatan Laut akan mengadakan satu peperiksaan bertulis Kelas 1 pada 15hb November 1999 di pusat peperiksaan Pelabuhan Kelang untuk pegawai-pegawai diatas



4 Calon-calon yang ingin menduduki gred peperiksaan Kelas 1 selepas November 1999 perlu menghadiri dan lulus Skim Penilaian Dalaman yang dikendalikan oleh ALAM.

5 Jabatan Laut tidak akan mengendalikan peperiksaan bertulis bagi Kelas 1,2 dan 3 tetapi cuma mengendalikan peperiksaan bertulis bagi Kelas 4(Nakhoda), Kelas 4, Kelas 5(Nakhoda), Kelas 5 dan Kelas 6(Nakhoda) sehingga diberitahu kelak.

 

Merchant Shipping Notice JL 9/1995 and Malaysia Shipping Notice NPM 2/1999 is referred.

2 The Merchant Shipping Notice JL 9/1995 is regarding the ‘sea-service required for a candidate to attend the combined Class 1 and 2 course at Akademi Laut Malaysia. The first combined course Class 1/2 was held from 3rd July 1995 till 25th May 1996 and continued with other courses from thereon.

The Malaysia Shipping Notice NPM 2/1999 gave notification to the ‘amendments of examination dates for Class 1,2 and 3(Deck Officer). This notice refers to the last written examination for Class 1,2 and 3 to be conducted by the Marine Department will be on the 15th March 1999. Candidates wishing to sit for the above grades of class after 15th March 1999 will have to attend and successfully pass the Internal Assessment Scheme conducted by Akademi Laut Malaysia.

3 It has been brought to our notice that a few deck officers holding Class 2 Certificate of Competency who had attended the Masters Preparatory Course at Akademi Laut Malaysia (ALAM) before July 1995 had not fully passed the written Class 1 examination. In order to facilitate the Class 2 candidate to resit for the Class 1 written examination, the Marine Department will be holding a written examination for Class 1 on the 15th November 1999 at the Port Kelang examination center for the above candidates.

4 Candidates wishing to sit for Class 1 written examination after November 1999 has to attend and successfully pass the Internal Assessment Scheme conducted by ALAM.

5 The Marine Department will not be conducting any written examinations for Class 1,2 and 3 but will still be conducting the written examinations for Class 4(Master), Class 4, Class 5(Master), Class 5 and Class 6(Master) until further notice.

Ketua Pengarah Laut

Director General of Marine

Tarikh/Date: 12hb Mei 1999