9:30:39 AM | 13-Dec-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama /
 

Arkib Elektronik

 

Polisi/ Belanjawan/ Dokumen Sah

  • Tiada Polisi/ Belanjawan/ Dokumen Sah 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Aktiviti E-Penyertaan

  • Tiada sebarang Aktiviti E-Penyertaan yang diadakan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia.

Maklumbalas Pertanyaan

Bil    Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan Maklum Balas / Tindakan
 1. Dayana binti Abdul Halim

Saya student dari UMT. Saya perlukan data untuk Malacca Strait vessel transits dari tahun 1996-2015 untuk assignment subjek statistic maritime. Adakah pihak tuan mempunyai data tersebut?

Maklumat berkaitan boleh didapati melalui laman sesawang Jabatan Laut Malaysia. Untuk makluman puan data tersebut hanya bermula dari tahun 1999 (Tahun Unit VTS mula beroperasi) hingga sekarang. Sila hubungi pihak kami secara langsung (Unit UPTM, Bahagian Keselamatan Pelayaran) bagi maklumat bagi tahun-tahun terdahulu yang tidak terdapat dalam laman sesawang tersebut.

2. Sharmila Menon

Saya nak tanya mengenai SOLAS. Kita hendak mengisi registration form ini tetapi kita mempunyai banyak branches di Johor, Penang dan di Labuan. Mestikah setiap stesen membuat form sendiri atau satu form sudah mencukupi?

Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran shipper hanya perlu dibuat sekali sahaja. Setiap pendaftaran diberikan tempoh sahlaku selama 2tahun. Shipper adalah syarikat yang namanya tertera dalam Master Bill of Lading dan mana-mana syarikat yang namanya tertera dalam Master B/L dinasihatkan untuk membuat pendaftaran sebagai deklarasi kepatuhan terhadap SOLAS.

3. Su Huo Soon

For a licensed register boat, what is the minium crews required to operate? A skipper and A Able bodied? In what clause is it mention?

For Licensing of Boats please refer to Section 474 in Merchant Shipping Ordinance 1954. For the second question, please refer to Section 483c Manning of boats licensed under this Part, in Merchant Shipping Ordinance 1952.

Bil    Pengguna Pendapat / Cadangan / Pertanyaan Maklum Balas / Tindakan
1. Leslie Henry Sigar

Perakuan kekompetenan saya yang bernombor 23100660DI, tarikh luput 14 Sep 2015. Saya ingin mohon panduan pihak tuan/puan tentang kursus modular yang diperlukan bagi tujuan memperbaharui sijil perakuan tersebut.

Tujuan pembaharuan COC, keperluan kursus modular adalah seperti dalam Notis Perkapalan Malaysia NPM bil 7/2012 di dalam laman web jabatan.

2. Abdullah bin Daud

Saya Abdullah bin Daud No. Pelaut : 200601001444 adalah dimaklumkan dari pihak hospital sudah tidak dapat meneruskan kerja saya sebagai seorang pelaut kerana disahkan menghidapi penyakit buah pinggang. Saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa saya boleh membuat permohonan bantuan melalui Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL). Bagaimana caranya atau proses yang perlu saya lakukan?

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Laut Malaysia tiada menyediakan bantuan kewangan bagi tanggungan perubatan sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Tuan. Untuk makluman setiap kali Sambutan Hari Pelaut diadakan MASA mencari bekas-bekas pelaut yang mengalami masalah kewangan ekoran penyakit yang dihidapi melalui Jabatan Laut Malaysia. Justeru itu, pihak kami mencadangkan Tuan menghantar email secara terus kepada En.Hazim (hazim@masa.org.my) atau Puan Sharimah (sharimah@masa.org) 010-2324465. Atau hubungi no pejabat MASA di Putrajaya di talian 03-88931941/42.

3. Spncer

Saya ingin tahu adakah Program Electro Technical Officer bermula Januari 2016 dari Politeknik Ungku Omar diluluskan dibawah Jabatan Laut Malaysia?

Untuk makluman, PUO telah diberikan kelulusan sementara untuk menganjurkan kursus ETO. Pihak kami menjangkakan PUO akan memohon untuk kelulusan penuh sebelum kursus tersebut yang dijadualkan pada Januari 2016.


Tender/ Sebutharga


Keratan Akhbar