10:59:50 PM | 19-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Maklumat /
 

Sistem Laluan Kapal

 


 
Pihak International Maritime Organisation (IMO) telah diiktiraf sebagai satu-satunya badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal menentukan Sistem Laluan Kapal yang selamat di peringkat dunia.
Sistem Laluan Kapal ini dibangunkan bagi tujuan keselamatan navigasi terutamanya di kawasan tumpuan laluan kapal dan di mana kepadatan trafik maritim adalah tinggi atau kawasan yang menghadkan pergerakan kapal, adanya halangan-halangan navigasi, kawasan cetek dan keadaan cuaca yang tidak selamat untuk pelayaran.
 

Skim Pemisahan Trafik
Laluan trafik maritim atau dua lorong bertentangan di lautan yang dibangunkan di kawasan perairan yang banyak kapal belayar dari berlawanan arah.

Garis Dan Zon Pemisahan
Zon atau garis yang membahagikan laluan trafik maritim dimana kapal-kapal belayar dari arah bertentangan atau arah yang sama. 

Lorong Trafik
Kawasan dimana kapal belayar dalam satu hala atau arah yang sama. 

Zon Trafik Pantai
Kawasan laluan yang diukur  dari sempadan Skim Pemisahan Trafik dan pantai yang paling hampir, yang digunapakai dalam peruntukan Peraturan 10(d),dipinda, COLREG, 1972.

Laluan Laut Dalam
Kawasan dimana had laluannya telah diukur bagi had selamat /kelegaan dasar laut dan halangan di dasar sepertimana yang dinyatakan di dalam carta.

Kawasan Yang Perlu BerhatiHati
Kawasan laluan kapal dimana setiap kapal dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pelayaran dan arah pergerakan kapal juga ada dinyatakan.