8:41:21 PM | 20-Oct-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Piagam Pelanggan / /
 

Piagam Pelanggan Jabatan Laut Malaysia

 

Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan keselamatan Sistem Perhubungan Laut. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-
  • Mengadakan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan sekurang-kurangnya enam kali setahun bagi setiap bahagian;
  • Mengeluarkan Perakuan Kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • Mengeluarkan Perakuan Pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • Memproses pengeluaran Sijil Modular dalam masa 7 hari bekerja selepas tamat kursus;
  • Memproses pengeluaran Sijil Pendaftaran Kapal dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • Melaksanakan pengeluaran Sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh semakan dokumen disempurnakan;
  • Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup;
  • Menjalankan penyemakan dokumen/pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan (SPK) dalam masa 30 hari  bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99%;
  • Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98%;
  • Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97%.