5:03:09 PM | 30-Apr-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Dasar Kualiti / /
 

Dasar Kualiti

 

Dasar Kualiti Jabatan Laut ialah :

Dasar Kualiti Jabatan Laut adalah: Jabatan Laut Malaysia bertekad untuk membangun dan melaksana sistem-sistem Keselamatan Pelayaran, Keselamatan Kapal, Pengurusan Pelaut, Sekuriti Kemudahan Pelabuhan dan Pengendalian Latihan Kelautan supaya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan lebih berkualiti dan memuaskan serta menepati piawaian antarabangsa dan undang-undang negara.

Objektif Kualiti
 
 Dalam pelaksanaan dasar kualiti tersebut ianya menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut.
 
Jabatan Laut Malaysia menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2008. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.

Sistem Perakuan Pelaut

1. Mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi setiap gred.
2. Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
3. Mengeluarkan perakuan kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
4. Mengeluarkan sijil kursus modular dalam masa 7 hari bekerja selepas tamat kursus.
5. Mengeluarkan perakuan pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Sistem Pemaliman

Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran iaitu "availability/reliability” mencapai tahap mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities (IALA) seperti yang dinyatakan di bawah ini:
 
1. Kategori 1 - Rumah api. Ketersediaan sekurang-kurangnya 99%.
2. Kategori 2 - Tandarah suar. Ketersediaan sekurang-kurangnya 98%.
3. Kategori 3- Pelampung pandu berlampu. Ketersediaan sekurang-kurangnya 97%.

 

Sistem Keselamatan Alur Pelayaran

1. Memastikan kerja-kerja ukur hidrografi dijalankan mengikut jadual.
2. Memastikan kerja-kerja pengerukan dijalankan mengikut justifikasi jadual dan peruntukan kewangan yang diluluskan.

Sistem Pendaftaran Kapal

1. Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
2. Memastikan proses pendaftaran kapal dilaksanakan dengan seragam dan bersistem.
3. Menyediakan kemudahan mendapatkan maklumat secara berkala yang tepat, pantas dan terkini.

Sistem Pengurusan Persijilan Dokumen Kepatuhan Kod ISM

1. Melaksanakan pengeluaran sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang berkaitan.
2. Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup.
3. Menjalankan penyemakan dokumen/pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan (SPK) dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan diterima.
4. Melaksanakan pengeluaran sijil pengesahan (Certifying Certificate) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Sistem Pengendalian Kursus

1. Mengadakan kursus perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2. Mengadakan kursus modular sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Memaklumkan keputusan peperiksaan kepada peserta dalam masa 45 hari selepas tamat kursus.

Sistem Pemeriksaan Kapal dan Pengeluaran Sijil

1. Memproses dan mengeluarkan sijil dalam tempoh 6 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
2. Memproses dan meluluskan permohonan pelanjutan atau pengecualian sijil dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Sistem Pengurusan Pernyataan Kepatuhan (Statement Of Compliance, SOC) Kod ISPS

1. Melaksanakan pengeluaran Pernyataan Kepatuhan (SOC) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang berkaitan.
2. Melaksanakan pengendorsan Pernyataan Kepatuhan (SOC) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup.