6:00:44 PM | 17-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / / /
 

Serata Awam Atas Talian (online public engagement) mengenai Semakan Semula Kadar fi Yang Bakal Dilaksanakan Oleh Jabatan Laut Malaysia Terhadap Pelanggan

 

Jabatan Laut Malaysia (JLM) sedang dalam proses Semakan Semula Kadar fi yang akan dilaksanakan keatas Pelanggan jabatan. Langkah ini adalah untuk meningkatkan dan menambahbaik perkhidmatan serta sistem penyampaian Jabatan selari dengan fi baharu dengan mengambil kira kadar inflasi dan ekonomi semasa. Selain itu, cadangan kadar fi baharu ini adalah lebih relevan dengan situasi semasa memandangkan kadar fi sedia ada diwartakan semenjak tahun 1960. Kadar fi yang baharu ini juga adalah lebih efisyen serta lebih kompetitif dan akan dapat mendekatkan jurang diantara fi yang dikenakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 tahun 2012 mengenai Seranta Awam Atas Talian (online public engagement) mengenai cadangan Undang-undang baru/pindaan undang-undang, Semakan Kadar fi ini dipaparkan di laman web Jabatan dari 01 - 15 November 2015 untuk pandangan dan cadangan awam. Tarikh tutup untuk mengemukakan maklumbalas kepada pihak Kementerian ini ialah pada 16 November 2015 jam 9.00 pagi. Sebarang maklum balas untuk Semakan Kadar fi ini boleh dikemukakan kepada alamat e-mel berikut: kadarfi-maklumbalas@marine.gov.my.

Terima Kasih.

Sila Klik untuk memuat turun lampiran berkenaan: