7:44:32 PM | 25-Mar-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Profil /
 

Profil

 

PROFIL

Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza. Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia di bawah Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang pertama iaitu YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Bin Othman. Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

OBJEKTIF

Menentukan satu sistem perhubungan laut yang selamat, aman, teratur dan pemuliharaan laut ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA

1. Memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal dagang;
2. Memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal dagang seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan;
3. Memberikan perkhidmatan perkapalan kepada kapal-kapal yang masuk ke perairan dan pelabuhan Malaysia;
4. Menyeliakan peperiksaan untuk pelaut-pelaut.


AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA

a. Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot;
b. Kawalselia undang-undang perkapalan;
c. Pemeriksaan keselamatan kapal;
d. Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara;
e. Kawalselia Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa atau International Safety Management Code (ISM);
f. Menentusahkan Kod Keselamatan Kemudahan Pelabuhan dan Kapal Antarabangsa  atau International Ship and Port Facility Security ( ISPS ) Code;
g. Penyiasatan kemalangan kapal;
h. Keselamatan maritim dan pemeriksaan kapal;
i. Latihan dan peperiksaan;
j. Mencegah dan mengawal pencemaran marin;
k. Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran;
l. Melaksanakan dan memantau pelaksanaan konvensyen antarabangsa.

VISI

"Agensi peneraju bertaraf dunia dalam bidang keselamatan maritim dan perlindungan persekitaran marin menjelang tahun 2020".

MISI

Memantapkan sistem pengangkutan maritim berdasarkan pematuhan standard keselamatan di peringkat nasional dan antarabangsa.