4:25:31 AM | 17-Sep-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Soalan Lazim / Kawalan Industri / /
 

Kawalan Industri

 

9. Bagaimana untuk mendaftarkan gadaian kapal ?

Terdapat dua jenis gadaian, yang pertama adalah untuk memperoleh pinjaman bagi jumlan pokok dengan faedah dan yang kedua adalah untuk memperolehi akaun semasa atau transaksi yang seumpamanya. Permohonan untuk mendaftarkan gadaian perlu dikemukakan dengan borang yang berkenaan (Borang 247/249/251), salinan asal atau salinan diakui sah Surat Ikatan Waad. Yuran yang dikenakan untuk proses ini adalah berpandukan kepada tanan kapal.    

Pendaftaran Kapal Tradisional  

10. Adakah saya layak untuk mendaftarkan kapal ?
 
Kelayakan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini adalah :-
  • Pemilik kapal adalah warganegara Malaysia
  • Jika dimiliki oleh syarikat, syarikat ini ditubuhkan di Malaysia
  • Syarikat perlu mempunyai ibu pejabat di Malaysia
  • Majoriti (51 % atau lebih) pegangan dalam syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Majoriti lembaga pengarah adalah warganegara Malaysia 
     
11. Dimanakah kapal boleh didaftarkan ? 

Pelabuhan pendaftaran bagi pendaftaran ini adalah Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia

12. Adakah saya layak untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini ? 

Kelayakan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini adalah :-
  • Syarikat ditubuhkan di Malaysia
  • Pejabat di Malaysia
  • Majoriti (51 % atau lebih) pegangan dalam syarikat dimiliki oleh warganegara asing
  • Modal Berbayar sekurang-kurangnya 10% daripada nilai kapal atau Ringgit Malaysia Satu Juta, yang mana lebih tinggi 
     

13. Dimanakah kapal boleh didaftarkan di bawah Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia ?

Pejabat pelabuhan pendaftaran bagi Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia terletak di Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan.

14. Adakah terdapat sekatan-sekatan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini ?

Untuk tujuan pendaftaran, kapal perlu memenuhi keperluan berikut :-
  • Di lengkapi dengan sistem dorongan mekanikal
  • Tanan kasar tidak kurang daripada 1,600
  • Umur tidak melebihi 15 tahun untuk kapal tangki atau pengangkutan pukal
  • Umur tidak melebihi 20 tahun bagi jenis kapal selain di atas