7:46:33 PM | 20-Aug-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Soalan Lazim / Pelaut & Pelabuhan / /
 

Keselamatan Pelayaran

 

10. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan Sijil Insurans CLC 1992 dan BCC 2001?

Dokumen yang diperlukan ialah;

  • Surat Permohonan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kapal
  • Salinan Sijil Insurans


11. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk setiap permohonan Sijil Insurans CLC 1992?

Bayaran yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal asing dan kapal Malaysia


12. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk setiap permohonan Sijil Insurans Bunkers 2001?

Bayaran yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal Malaysia dan RM400 untuk kapal asing


13. Berapakah berat Tanan Berdaftar Kasar (GRT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011?

Berat Tanan Berdaftar Kasar (GRT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011 ialah semua kapal yang melebihi 1,000 Tanan Berdaftar Kasar. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 1/2009


14. Berapakah kuantiti kargo minyak yang mewajibkan sesebuah kapal untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992?

Kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992 ialah kapal yang membawa minyak sebagai bahan kargo yang melebihi 2,000 tan. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 57/2005 yang dibaca bersama-sama dengan Notis Perkapalan Saudagar JL 4/1995