4:32:29 AM | 17-Sep-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Soalan Lazim / Kawalan Industri / /
 

Kawalan Industri

 

15. Apakah prosedur bagi memohohon pengecualian atau lanjutan ( exemption or extension ) dibawah keperluan SOLAS, MARPOL, COLREG, Load Line, SPS, HSC, MODU, PSSC and PC?

- Permohonan boleh  dibuat dengan cara mengisi borang MSN 05/2008 dengan lengkap serta mendapatkan sokongan daripada Badan Klasifikasi yang di iktiraf(RO). Permohonan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja sekiranya tiada masaalah.

- Borang MSN 05/2008 boleh didapati di laman web www.marine.gov.my - notis - Notis Perkapalan Malaysia - Konvensyen Antarabangsa - Solas - Bab 1 - MSN 05/2008


16. Perlukah pihak pemilik mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Laut Malaysia bagi melantik RO menjalankan pemeriksaan bagi sijil-sijil statutori, meluluskan pelan dan manual dibawah konvensyen antarabangsa atau bukan konvensyen bagi kapal-kapal malaysia(KM)?

-Tidak perlu,merujuk kepada RO instruction para 1.0 dan para 1.4.

Para 1.0
-1.0 Pemberian Kuasa

1.1 RO diberikuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan mengeluarkan sijil bagi kesemua jenis kapal-kapal Malaysia yang diperlukan di bawah Konvensyen-konvensyen Antarabangsa di bawah :

1.1.1 SOLAS – Konvensyen Antrabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut 74/78 atau seperti yang dipinda.

1.1.2 MARPOL – Konvensyen Antrabangsa bagi Pencegahan Pencemaran daripada Kapal-kapal 73/78 – kapal yang tidak mematuhi hendaklah tidak beroperasi di luar perairan Malaysia dan kumbahan hendaklah dibuang ke laut di luar 12 b.n. 

i. Lampiran I MARPOL

ii. Lampiran II MARPOL

iii. Lampiran III MARPOL

iv. Lampiran IV MARPOL
(kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 31 Mac 2011)

v. Lampiran V MARPOL

vi. Lampiran VI MARPOL 

(kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 30 Jun 2011)

1.1.3 AFS – Konvensyen Antarabangsa berhubung Kawalan Sistem Anti-Kotoran Berbahaya Atas Kapal-kapal, 2001 – kapal yang tidak mematuhi hendaklah tidak beroperasi di luar perairan Malaysia (kapal sedia ada hendaklah mematuhi sepenuhnya selepas 1 Januari 2011 atau sehingga memasuki limbungan kering seterusnya)

1.1.4 COLREG – Konvensyen berhubung Peraturan Antarabangsa bagi Pencengahan Perlanggaran di Laut 1972

1.1.5 Garisan Beban, 1966 – Konvensyen Antarabangsa berhubung Garisan Beban, 1966 termasuk Garisan Beban Berbilang

1.1.6 Tanan – Konvensyen Antarabangsa berhubung Pengukuran Tanan Kapal-kapal 1969

1.1.7 Peralatan Mengangkat – Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation) No. 152*

1.1.8 Pengurusan Air Balast – Konvensyen Antarabangsa bagi Kawalan dan Pengurusan Air Balast dan Mendapan Kapal-kapal 2004

1.1.9 Kod IBC, Kod BCH, Kod IGC, Kod IS, Kod Bijian, Kod ISM (hanya bagi Sijil Pengurusan Kapal) Kod ISPS (kesemua rekod berkaitan hendaklah disimpan di Pejabat RO di Malaysia) Kod NOx Teknikal, dan Pengangkutan Barangan Berbahaya

1.1.10 Skim Syarat-syarat Penilaian bagi kapal tangki sepertimana Peraturan 20 (G) Lampiran I MARPOL 73/78.

* Konvensyen yang tidak diratifikasikan oleh Malaysia
* Sila lihat Lampiran I 

1.4 Kapal Bukan Konvensyen

1.4.1 RO diberi kuasa untuk meluluskan pelan dan manual, memeriksa dan mengeluarkan sijil bagi kesemua kapal bukan konvensyen berdaftar di bawah Bendera Malaysia

- RO instruction boleh didapati di laman web WWW.MARINE.GOV.MY - perkapalan - maklumat - arahan kepada RO


17. Apakah prosedur bagi permohonan pemeriksaan bagi kapal-kapal Malaysia(KM)?

Permohonan bagi menjalankan pemeriksaan kapal atau alat-alat kapal bendera Malaysia boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh di dapati  di Laman Utama Web Jabatan Laut Malaysia ruangan Perkapalan-Borang.
Seterusnya borang yang telah lengkap di isi perlu dihantar melalui emel atau terus kepada Unit Akreditasi Kapal.