7:44:39 PM | 25-Mar-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Soalan Lazim / Pelaut & Pelabuhan / /
 

Hal Ehwal Pelaut Dan Pelabuhan

 

1. Apakah keperluan yang ditetapkan untuk memohon penubuhan institusi latihan maritim?

Permohonan penubuhan institusi latihan permohonan boleh merujuk pada NMPM 1/99.

2. Apakah alamat institusi latihan maritim yang ada menawarkan kursus-kursus modular mengikut konvenysen STCW 95?

Institusi latihan maritim yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut dibawah perlaksanaan konvensyen STCW 95 adalah seperti yang tersenarai didalam laman web ini iaitudibahagian /Perkhidmatan/Pelaut dan Pelabuhan. Anda bolehlah terus menghubungi institusi latihan berkenaan bagi tujuan kursus.

3. Saya ingin mendapatkan pemeriksaan perubatan sebagai pelaut, klinik manakah yang perlu saya tujui?

Anda boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana panel klinik yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia. Senarai klinik yang terdekat dengan anda boleh dirujuk di dalamsenarai berikut (klik disini).

4. Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut?

Pemohon hendaklah mengisi permohonan secara atas talian (SDPX) dengan lengkap dan menghantar terus kepada Ibu Pejabat Laut Malaysia dengan menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

-Satu (1) gambar warna saiz kad pengenalan

-Salinan Kad Pengenalan

-Sijil kelulusan kedoktoran

-Sijil MMC

-Sijil diploma/Ijazah dalam Occupational Health/ Medicine atau Sijil kursus pengenalan bidangkerja maritim.

Anda boleh merujuk kepada NMPM 11/1999 & NMPM 17/1999 di laman web www.marine.gov.my untuk maklumat lanjut.

5. Bilakah Jabatan Laut akan mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan bagi calon-calon bahagian dek dan injin?

Semakan tarikh peperiksaan terkini bagi bahagian dek dan injin boleh didapati di laman web www.marine.gov.my dibawah Nota Maklumat dan Panduan Marin (NMPM) atau melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX).

6. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan Perakuan Pengiktirafan?

Bayaran bagi setiap permohonan adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut

I)Permohonan baru : RM 600.00

II)Permohonan Pembaharuan : RM 600.00

III)Rosak/Hilang : RM 600.00

Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang, atau Bank Draf atas nama Pengarah Wilayah berkenaan.

7. Berapa lamakah proses pengeluaran Perakuan Pengiktirafan?

Sijil Perakuan Pengiktirafan akan diproses dalam masa 3 bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

8. Pemegang Sijil Perakuan Kekompetenan (COC) dari Negara manakah yang layak untuk memohon Perakuan Pengiktirafan?

Perakuan Pengiktirafan boleh dikeluarkan kepada pelaut tempatan dan pelaut asing yang berkhidmat di atas kapal Malaysia yang memiliki Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Negara luar yang menandatangani MOU dengan Malaysia (klik disini).

9. Berapa lamakah tempoh sahlaku Sijil Perakuan Pengiktirafan?

Tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan (COR) tidak lebih dari 1 tahun, jika sekiranya tempoh sah laku Perakuan Kekompetenan (COC) kurang dari 1 tahun, maka tempoh sah laku COR adalah mengikut tarikh tamat sah laku COC tersebut. Tempoh sah laku COC semasa permohonan COR dibuat hendaklah tidak kurang daripada enam (6) bulan bagi membolehkan COR diproses.

10. Saya ingin memohon Dokumen Keanggotaan Selamat (Safe Manning Document), apakah keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi?

Garispanduan bagi Permohonan Dokumen atau Perakuan Keanggotaan Selamat dijelaskan dengan terperinci melalui notis NPM7/2009 dan NPM29/2011.