7:45:41 PM | 25-Mar-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Kata-Kata Aluan / /
 

Mesej Ketua Pengarah Laut

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN LAUT MALAYSIA

Gambar KP

Sejak pertama kali laman web Jabatan Laut dilancarkan, lebih 10 tahun yang lampau, Jabatan Laut telah mengalami tranformasi, menjadi peneraju dalam bidang keselamatan maritim di negara ini. Tiga jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang sebelum ini beroperasi secara berasingan telah disatukan, sebagai Jabatan Laut Malaysia. Susulan dari transformasi ini, adalah tepat pada masanya, untuk mewujudkan satu laman web baru yang lebih mesra pelanggan, yang menggabungkan maklumat ketiga-tiga jabatan dan mengintegrasikan perkhidmatan atas talian di dalam satu portal. Proses integrasi ini adalah sejajar dengan polisi kerajaan "One Service, One Delivery and No Wrong Door". Sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan sama ada diajukan kepada Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak akan dilayani. Laman web ini memberi keselesaan kepada pelanggan kami mengakses maklumat dan perkhidmatan dengan hanya "klik" di laman web kami.

Selain dari mengintegrasikan laman web, kami memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan perkhidmatan, dengan melabur dalam pembangunan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk masa depan. Kami telah menambah perkhidmatan atas talian termasuklah "e-payment" bagi pembayaran dius api. Dengan bangganya, boleh kami nyatakan bahawa setiap pejabat kami di seluruh negara termasuk pejabat yang jauh terpencil, boleh dihubungi dan dicapai. Dengan perluasan kemudahan ICT ini, kami dapat menjamin kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah setaraf. Dengan gandingan penjawat awam yang terlatih dan bersikap positif, kami boleh memberi perkhidmatan di barisan hadapan yang berkualiti tinggi.


Dengan pelancaran laman web baru ini, kami yakin dapat memberi perkhidmatan yang berkesan dan meningkatkan standard perkhidmatan dan penyampaian jabatan. Ini adalah sejajar dengan Piagam Pelanggan kami iaitu meningkatkan keselamatan kapal-kapal di Malaysia dan menyediakan maklumat terkini kepada semua kapal yang belayar di perairan kita. Matlamat utama nasional adalah untuk memastikan industri pengangkutan laut Malaysia yang lestari dan berdaya saing.


Saya berharap laman web baru ini akan dapat memberi maklumat yang berguna kepada anda. Kami mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan bagi membolehkan kami meningkatkan perkhidmatan yang disediakan. Sila layari laman web kami dan saya harap anda akan menemui maklumat yang diperlukan di sini. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami.