10:21:30 PM | 19-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Prosedur Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia

 

Permohonan Nama Kapal
 
1. Permohonan Nama Kapal perlu dikemukakan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal menggunakan Borang Permohonan Nama Kapal.
 
2. Nama yang dicadangkan untuk kapal Malaysia perlu diluluskan oleh Pendaftar Besar Kapal-Kapal. Pemilik kapal perlu kemukakan permohonan nama kapal sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal sebelum kapal tersebut boleh didaftarkan.
 
3. Tiga (3) nama boleh dikemukakan untuk kelulusan. Nama kapal yang diluluskan adalah sah untuk tempoh enam (6) bulan.
 
4. Bagi tujuan garis panduan, nama kapal yang berikut tidak boleh digunakan :-
 
(i) Nama nama Kesultanan, Pembesar Negeri, Ahli Politik dan Kurniaan Kebesaran seperti 'Muzaffar Shah', 'Tengku Muzaffar', 'Tan Sri', 'Datuk Razali' dan sebagainya;
(ii) Nama yang bersifat perkauman atau dengan tujuan untuk menghina atau lucah;
(iii) Nama yang mempunyai tujuan untuk menipu atau mengelirukan;
(iv) Nama yang sepenuhnya dari huruf singkatan, seperti 'Y.T.M', 'K.K 17', 'S 12' dan sebagainya;
(v) Nombor mendahului nama seperti '113 Trading', 'IV Setia', 'No. 3 Bersatu' dan sebagainya;
(vi) Nama sepenuhnya dari nombor seperti '123', 'IV' dan sebagainya;
 

5. Walau bagaiamanapun, huruf singkatan yang diluluskan sebagai Prefix dan diikuti dengan nama atau nombor dibenarkan. Sebagai contohnya 'YTM Lady', 'YTM 01' dan sebagainya.
 

6. Tertakluk kepada kelulusan, Pendaftar Kapal akan mengeluarkan Sijil Kebenaran Guna Nama Kapal dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
 
7. Borang yang diperlukan dalam fasa ini :

 
(i) Senarai Semak Permohonan Nama Kapal Registry 100
(ii) Permohonan Nama Kapal M270/BKI/04 - Pin 1/99
(iii) Permohonan Tempahan Prefix/Suffix Bagi Nama Kapal M270/BKI/05 - Pin 1/99
(iv) Lantikan / Pembatalan Pegawai Yang Dibenar DK/BKI/02 - Pin 1/99
 
Pendaftaran Kapal Sementara

1. Secara umumnya, kapal didaftarkan secara sementara oleh Pendaftar Kapal untuk tempoh minimum enam (6) bulan tetapi tidak melebihi tempoh maksimum duabelas (12) bulan.

 
2. Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan untuk tujuan pendaftaran kapal sementara :-
 
(i) Pengistiharan statutori pemilikan kapal :-
 
a. Bagi pemilik individu atau pemilik-pemilik individu, salinan kad pengenalan dikemukakan;
b. Bagi Badan Korporat :
 
1. Asal dan salinan yang diakui sah Artikel dan Memorandum Persyarikat;
2. Asal dan salinan yang diakui sah Sijil Pendaftaran Syarikat;
3. Asal dan salinan yang diakui sah Sijil Perbadanan;
4. Deklarasi Hak Milik;
5. Surat Kuasa yang melantik pegawai untuk membuat pengistiharan bagi pihak pemilik kapal
 
(ii) Salinan asal Sijil Pemeriksaan Kapal Sementara;
(iii) Salinan asal Sijil Jual Beli yang sah;
(iv) Maklumat Kapal :-
 
a. Nama dan butiran kapal;
b. Salinan asal Sijil Pembinaan Kapal. Jika maklumat tidak diketahui, pengistiharan oleh pemohon yang menyatakan maklumat tersebut tidak diketahui;
c. Maklumat nama nakhoda dan kerakyatan
 
(v) Persijilan dari Jabatan Kastam yang menyatakan duti impot telah dibayar (jika berkenaan)

3. Setelah menerima kesemua dokumen di atas, Pendaftar Kapal akan memperuntukkan Nombor Rasmi dan Isyarat Panggilan Antarabangsa untuk kapal tersebut. Proses pendaftaran akan mengambil masa dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan.

 
4. Borang yang diperlukan dalam fasa ini :

(i) Senarai Semak Sijil Pendaftaran Kapal Sementara / Tetap Registry 110
(ii) Permohonan Untuk Mendaftar Kapal M265/BKI/06 - Pin 1/05
(iii) Permohonan Isyarat Panggilan Antarabangsa M253/BKI/07 - Pin 1/99
(iv) Deklarasi Hak Milik dan Kerakyatan M240/BKI/01 - Pin 1/99
(v) Lantikan / Pembatalan / Pertukaran Pengurus Kapal DK/BKI/03 - Pin 1/99

Lagi