10:52:48 AM | 20-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / /
 

Maklumat Umum

 

PERATURAN
 
Peraturan yang termaktub untuk pendaftaran kapal antarabangsa di Malaysia adalah Bahagian IIC, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
 
PELABUHAN PENDAFTARAN ANTARABANGSA
 
Pelabuhan Pendaftaran Antarabangsa di Malaysia adalah Labuan
 
KELAYAKAN PEMILIK KAPAL
 
Kapal dimiliki oleh warganegara asing atau sekiranya badan korporat perlu memenuhi syarat berikut :
1. Ditubuhkan di Malaysia;
2. Mempunyai pejabat di Malaysia;
3. Majoriti pengarah dan rakan kongsi syarikat dipegang oleh warganegara asing. Majoriti dalam perihal ini adalah 51% tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Menteri.
 
KELAYAKAN PENGURUS KAPAL
 
Pemilik kapal, sebelum memohon untuk mendaftarkan kapal perlu melantik pengurus kapal yang mana :
1. Warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap  di Malaysia; atau
2. Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan  mempunyai pejabat utama perniagaan di Malaysia.

KEPERLUAN PEMERIKSAAN DAN UMUR KAPAL
 
Tiada kapal boleh didaftarkan di bawah Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia melainkan seperti berikut :
1. Kapal dipasang dengan sistem dorongan mekanikal
2. Tidak kurang daripada 1,600 tanan kasar
3. Umur kapal :-
 a. Tidak melebihi 15 tahun untuk kapal   tangki dan kapal kargo
 b. Tidak melebihi 20 tahun selain daripada   kapal-kapal yang disebutkan di perenggan   (a).
 
Pemeriksaan kapal akan dikendalikan oleh Pemeriksa Kapal yang dikawal selia oleh Pemeriksa Besar. Beliau boleh untuk melantik Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf untuk memeriksa kapal bagi pihak beliau.

BADAN KELASIFIKASI KAPAL YANG DIIKTIRAF
 
Berikut adalah Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf untuk bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk tujuan pemeriksaan dan persijilan :
 
1. American Bureau of Shipping (ABS)
2. Bureau Veritas (BV)
3. Det Norske Veritas (DNV)
4. Germanischer Lloyd (GL)
5. Lloyd's Register of Shipping (LRS)
6. Nippon Kaiji Kyokai (NKK)
7. Korean Register of Shipping (KR)
8. China Classification Society (CCS)
9. Indian Register of Shipping (IRS)
10. Russian Maritime Register of Shipping (RS)
11. Registro Italiano Navale (RINA)
12. Ship Classification Malaysia (SCM)