7:19:18 PM | 18-Aug-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Penukaran Maklumat Pendaftaran Kapal

 

1. Maklumat Umum

Hal ini merujuk kepada Bahagian IIA, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Prosedur menerangkan aktiviti bagaimana proses urusan meminda:

  • Hakmilik kapal;
  • Butiran kapal;
  • Pemilik kapal;
  • Nama kapal.

2. Proses Penukaran Hakmilik Kapal;

i. Pemohon mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar Kapal dimana kapal tersebut berdaftar.

Permohonan perlu disertakan bersama dokumen seperti berikut:

Jika pemilik baru adalah individu:
 
  • Salinan diakui sah Kad Pengenalan
  • Salinan diakui sah Bill of Sale
  • Sijil Pendaftaran Kapal Asal
  • Perlantikan Pegawai Yang Dibenar (Borang DK/BKI/02/-Pin 1/99)
  • Pengisytiharan Pemilik (Borang DK/BKI/01/-Pin 1/99)
  • Perlantikan Pengurus Kapal (Borang DK/BKI/03/-Pin 1/99)

Jika pemilik baru adalah badan korporat:
  • Pelantikan Pegawai yang dibenar (Borang DK/BKI/02/-Pin 1/99)
  • Pengisytiharan Pengurus Kapal (Borang DK/BKI/03/-Pin 1/99)
  • Pengisytiharan Pemilik (Borang DK/BKI/01/-Pin 1/99)
  • Sijil Pendataran Kapal asal
  • Salinan diakui sah Bill of Sale
  • Memorandum and Article of Association
  • Certificate of Incorporation of Company (Form 9)
  • Return of allotment share – Form 24 Company Act 1965
  • Form 49 Company Act 1965

ii. Proses

Kelulusan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada
dokumen lengkap.


3. Proses Penukaran Butiran Kapal;

i. Pemohon mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar Kapal dimana kapal itu berdaftar. Permohonan perlu disertakan bersama dokumen seperti berikut:

  • Sijil Pemeriksaan Kapal (COS)
  • Sijil Pendaftaran Kapal

ii. Proses

Sijil Pendaftaran Kapal dengan butiran kapal yang baru akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap.

4. Proses Penukaran Nama Kapal;

i. Pemohon mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar Kapal dimana kapal itu berdaftar. Prosedur permohonan adalah seperti berikut:

  • Kapal bebas gadaian.
  • Permohonan Nama Kapal yang baru
  • Membuat pengiklanan penukaran nama kapal didalam akhbar tempatan untuk tempoh 14 hari seperti FORMAT yang ditetapkan.
  • Kemukakan semua keratan asal pengiklanan akhbar tersebut.
  • Serahkan Sijil Pendaftaran Kapal yang asal.

ii. Pemeriksa Kapal yang dilantik akan menjalankan pemeriksaan pengesahan nama kapal yang baru setelah proses di atas lengkap.

iii. Proses

Sijil Pendaftaran Kapal dengan nama kapal yang baru akan diproses dalam tempoh tiga(3) hari bekerja setelah semua proses dilalui.