2:24:39 AM | 22-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Perlanjutan Tempoh Pendaftaran

 

1. Maklumat Umum

Proses ini adalah bertujuan untuk perlanjutan tempoh masa Sijil Pendaftaran Kapal Sementara
jika telah melebihi tempoh sah merujuk kepada Seksyen 26 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

2. Prosedur

i. Sijil Pendaftaran Kapal Sementara yang melebihi tempoh 6 bulan.

Pemohon mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Kapal dimana kapal tersebut berdaftar. Permohonan perlu disertakan bersama dokumen seperti berikut:

a) Surat Permohonan dengan menyatakan punca kelewatan;
b) Salinan yang diakui sah Sijil Pendaftaran Kapal Sementara;

ii. Sijil Pendaftaran Kapal Sementara yang melebihi tempoh 12 bulan.

Pemohon mengemukakan permohonan kepada Unit Pendaftaran Kapal di Ibu Pejabat Laut.Permohonan perlu disertakan bersama dokumen seperti berikut:

a) Surat Permohonan dengan menyatakan punca kelewatan;
b) Salinan yang diakui sah Sijil Pendaftaran Kapal Sementara;

3. Proses

Kelulusan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap.