7:46:28 PM | 20-Aug-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Pemindahan/Pembatalan Pelabuhan Daftar Kapal

 

1.MAKLUMAT UMUM
Hal ini merujuk kepada Bahagian IIA, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Prosedur menerangkan aktiviti bagaimana proses urusan:

  • Proses Pemindahan Pelabuhan Daftar Kapal di bawah bendera Malaysia
  • Proses Pembatalan Sijil Pendaftaran Kapal
2.PROSES PEMINDAHAN PEKABUHAN DAFTAR KAPAL DIBAWAH BENDERA MALAYSIA
i. Proses ini adalah untuk kapal yang berdaftar secara kekal sahaja
ii. Prosedur permohonan:
  • Kemukakan surat permohonan kepada Pejabat PendaftarKapal Pelabuhanyang sedia ada dan salinan kepada Pejabat Pelabuhan Daftar yang baru.
  • Menerima pengesahan daripada Pejabat Pendaftar Kapal tersebut.
  • Melakukan penukaran tanda ukiran kapal kepada Pelabuhan Daftar kapal yang baru yang mana Pemeriksa Kapal yang dilantik akan menjalankan Pemeriksaan Tanda Ukiran Kapal.
  • Bawa Sijil Pendaftaran Kapal asal yang terdahulu ke Pejabat Pelabuhan Daftar yang baru.
iii. Proses
Sijil Pendaftaran Kapal yang baru akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah semua prosedur lengkap.
 
iv. Fi
Fi adalah mengikut tanan kapal seperti di dalam Jadual Fi.
 
3.PROSES PEMBATALAN SIJIL PENDAFTARAN KAPAL
i. Proses ini adalah untuk Pendaftaran Kapal Kekal sahaja.
ii. Prosedur permohonan:
 
  • Kemukakan surat permohonan menyatakan punca pembatalan kepada Pendaftar Kapal.
  • Pejabat Pendaftar Kapal akan menyemak permohonan.
  • Pengesahan untuk pembatalan akan dimaklumkan kepada pemohon dan pemohon dikehendaki memulangkan Sijil Pendaftaran Kapal asal.
  • Pendaftar Kapal akan mengeluarkan Nota Pembatalan kepada pemohon.
iii. Proses
Nota Pembatalan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah semua prosedur lengkap.
 
iv. Fi
Tiada fi dikenakan.