5:31:07 PM | 23-Nov-2014
Bantuan    Pejabat Laut   ENGLISH | BAHASA MALAYSIA  
logocontactus
Soalan Lazim / Keselamatan Pelayaran / /
 

Keselamatan Pelayaran

 

1. Berapakah purata bilangan kemalangan perkapalan di Perairan Selat Melaka dalam setahun?

Purata bilangan kemalangan perkapalan di Perairan Selat Melaka adalah 2 kejadian setahun. Sejak Skim Pemisah Trafik diperkenalkan bilangan kemalangan perkapalan telah dapat dikurangkan.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan alat bantuan pelayaran?

Alat Bantuan Pelayaran adalah suatu peralatan atau sistem atau gabungan kedua-duanya yang memberi panduan kepada pelaut membuat pelayaran dengan selamat. Alat bantuan pelayaran yang disediakan oleh Jabatan Laut ialah rumahapi, tandarah suar, pelampung pandu, Sistem Pelayaran Satelit (SISPELSAT) dan Sistem Pengenalan Kapal.
 

3. Apakah kegunaan Rumahapi ?

Tujuan Rumahapi dibina adalah untuk memberikan pedoman atau petunjuk kepada pelaut-pelaut untuk menentukan kedudukan mereka pada sesuatu masa dan ianya juga sebagai penandaan pintu laluan keluar masuk sesuatu perairan. 
 

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kerlipan lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi?

Kerlipan lampu yang dipasangkan pada alat bantuan pelayaran adalah untuk membezakan diantara satu rumahapi dengan rumahapi yang lain yang mana kerlipan lampu tersebut secara tersendirinya akan memaparkan identiti sesuatu rumahapi tersebut.
 

5. Berapakan jarak maksimum cahaya lampu yang dipasang pada rumahapi dapat dilihat?

Jarak maksimum cahaya lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi adalah berbeza-beza kerana ianya bergantung pada ketinggian lampu, jenis lampu, keadaan cuaca dan ketinggian pemerhati. Kebanyakan Rumahapi di Malaysia mempunyai julat maksimum cahaya lampu kira-kira 23 batu nautikal.
 

6. Apakah kegunaan Tandarah Suar?
 
Tujuan pembinaan Tandarah Suar adalah untuk menandakan alur pelayaran, batuan, beting dan lain-lain. Tandarah Suar mempunyai binaan tetap di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan.


7. Apakah kegunaan pelampung pandu yang telah dipasangkan di sepanjang Perairan Malaysia?

Pelampung Pandu merupakan pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai (kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Tujuan dipasangkan pelampung pandu ini adalah untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain di sepanjang Perairan Malaysia yang bertujuan memberikan panduan kepada pengguna-pengguna perairan.
 

8. Sekiranya berlaku kerosakan atau kecurian pada peralatan alat bantuan pelayaran yang dipasangkan sepanjang Perairan Malaysia, kepada siapakah aduan kerosakan perlu dilaporkan?
 
Sebarang aduan kerosakan boleh dilaporkan kepada pegawai di Ibu Pejabat dan Pusat Komunikasi Maritim, pegawai bertugas di wilayah masing-masing di talian berikut untuk tindakan selanjutnya.

 

PUSAT KOMUNIKASI MARITIM IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG
03-3167 053
KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BANTUAN PELAYARAN IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG
03-3169 5215
JABATAN LAUT WILAYAH UTARAGELUGOR, PULAU PINANG
04-6579 636
04-6578 494

 

JABATAN LAUT WILAYAH TENGAHPELABUHAN KLANG, SELANGOR
03-3169 5198
JABATAN LAUT WILAYAH SELATANPELABUHAN TANJUNG PELEPAS, JOHOR
607-507 2313
JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
609-6221471

9. Dimanakah saya boleh mendapatkan Carta Pelayaran (Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) bagi Perairan Malaysia?

Carta Pelayaran ( Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) ini boleh didapati dengan menghubungi Pusat Hidrografi Nasional, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. No. 03-3169 4400.

Jadual Pasang Surut juga boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur. No. 03-2617 0800.

Bagi Negeri Sarawak, Sila hubungi Pejabat Hidrografi, Jabatan Laut Sarawak, Lot 683, Seksyen 66, Jalan Utama, Tanah Puteh 93619 Kuching, Sarawak, No. Tel 082-484159.
 
 

Maklumat Terkini


 
 
 
 

Undi Anda


Adakah informasi/maklumat laman web ini dapat membantu anda?

Sangat Membantu
Membantu
Tidak Membantu


 
 
 
 
 
 

Pensijilan

 
   
     
 
 

Anda Pelawat ke

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     


Paparan terbaik 1024 x 768 dengan menggunakan pelayar di atas.
Maklumbalas Peta Laman
fb tw yt rss