7:44:26 PM | 25-Mar-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Soalan Lazim / Kawalan Industri / /
 

Kawalan Industri

 

1. Mengapa kapal perlu didaftarkan ?

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.
 
2. Perlukan semua kapal didaftarkan ?

Terdapat tiga kategori kapal yang dikecualikan dari pendaftaran iaitu :-
  • Kapal yang mempunyai tanan bersih kurang daripada 15
  • Bot-bot yang dilesenkan
  • Kapal ikan yang beroperasi di dalam perairan Malaysia yang kurang daripada 500 tanan kasar

3. Dalam keadaan apakah, kapal perlu didaftarkan semula atau pendaftaran diperbaharui ?

Pembaharuan pendaftaran adalah proses dimana maklumat kapal sedia ada, seperti Nombor Rasmi, maklumat pemilikan kapal dan gadaian, dimasukkan / diperbaharui ke dalam Buku Daftar Kapal.

Pendaftaran semula adalah istilah yang digunakan di bawah Ordinan ini yang mana pendaftaran kapal telah ditamatkan sebelum ini dan kemudiaannya didaftarkan semula. Contoh bagi kes-kes yang biasanya berlaku adalah seperti berikut :-

(a)          Pendaftaran ditamatkan apabila kapal dijual kepada pemilik warga asing, dan kemudiaannya dibeli oleh warganegara Malaysia dan didaftarkan semula di pendaftaran Malaysia.

(b)          Pendaftaran ditamatkan apabila kapal ditinggalkan sebagai ranap atau hilang tetapi kemudiannya dijumpai atau didapati semula.

(c)          Pendaftaran ditamatkan apabila pemilik memohon kapal ini dilesenkan di bawah Kaedah Bot Berlesen. Kemudiannya, kapal tersebut dijual kepada warganegara Malaysia yang memerlukan status pendaftaran.

(d)          Pendaftaran kapal diisytiharkan sebagai batal oleh sesebuah mahkamah yang diperakui.

4. Apakah pindaan / perubahan pada kapal yang perlu dimaklumkan kepada Pendaftar Kapal ?

Pemilik kapal perlu memaklumkan sebarang pindaan / perubahan maklumat kapal yang memberi kesan kepada maklumat yang terkandung di dalam Sijil Pendaftaran Kapal, seperti alamat pemilik atau tanan kapal.

5. Bagaimana untuk mendaftarkan kapal ?

Sebelum sesebuah kapal boleh didaftarkan, nama kapal perlu diluluskan. Permohonan nama kapal boleh dibuat di mana-mana pejabat pelabuhan pendaftaran. Setelah nama kapal yang dipohon diluluskan, permohonan untuk mendaftarkan kapal boleh dibuat dimana-mana pejabat pelabuhan pendaftaran mengikut pilihan. 

Secara kebiasaannya, Sijil Pendaftaran Sementara akan dikeluarkan oleh Pendaftar Kapal untuk tempoh maksimum enam (6) bulan tertakluk kepada proses penandaan ukiran nama kapal dan pelabuhan pendaftaran diselesaikan. 


6. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran ?

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan pendaftaran adalah :-
 
  • Permohonan pendaftaran kapal
  • Pengisytiharan pemilikan kapal
  • Salinan asal seperti Sijil Pembinaan Kapal (untuk kapal baru), Perjanjian Jual Beli, Invois, Bukti Pemilikan kapal, dll
  • Sijil Pemeriksaan Kapal untuk pengesahan tanan dan pengukuran kapal yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal
  • Jika panjang kapal melebihi 24m, Sijil Tanan Antarabangsa 1969
  • Sijil Pendaftaran Syarikat / Persyarikatan jika pemilik kapal adalah sebuah syarikat
  • Jika kapal dibeli dari dari pemilikan asing atau Bendera Negara asing, Sijil Pembatalan Kapal dan maklumat pendaftaran kapal tersebut. 
7. Bagaimana pindaan maklumat hak milik kapal boleh dilakukan ?

Dalam perihal pemilikan individu, pemilik kapal atau pengurus kapal yang dilantik dibenarkan untuk membuat pindaan maklumat hak milik kapal di pejabat pelabuhan pendaftaran dengan mengemukakan :-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Perlantikan Pengurus Kapal
  • Pengisytiharan Pemilikan
  • Salinan asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir 
  • Salinan asal Sijil Pendaftaran Kapal 
     
Untuk kes pemilikan badan korporat :-
  • Pengisytiharan Pemilikan
  • Perlantikan Pengurus Kapal
  • Salinan asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir 
  • Salinan asal Sijil Pendaftaran Kapal
  • Artikel dan Memorandum Syarikat;
  • Borang 9 - Sijil Pendaftaran Syarikat
  • Borang 24 - Saham Syarikat
  • Borang 49 - Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha
8. Bagaimana pindaan maklumat butiran kapal boleh dilakukan ?

Sebelum pemakluman dilakukan kepada Pendaftar Kapal berkenaan pindaan maklumat kapal, Pemeriksa Kapal perlu memeriksa kapal untuk mengesahkan pindaan dan mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal

Untuk pindaan butiran injin kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-
  • Sijil Pemeriksaan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kapal
  • Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diendos oleh Pemeriksa Kapal
  • Borang Survey 118 - Pengisytiharan injin kapal  
Untuk pindaan butiran tanan kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-
  • Sijil Pemeriksaan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Kapal
  • Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diendos oleh Pemeriksa Kapal
  • Salinan Sijil Tanan Antarabangsa 1969