UNIT KHIDMAT PENGURUSANUNIT PEMBANGUNAN LATIHANUNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL), Jabatan Laut Malaysia telah ditubuhkan untuk menjalankan dan menguruskan latihan berkenaan dengan pengurusan dan pengangkutan laut. ILPL yang terletak di Pulau Indah telah dirasmikan pada 22 Jun 2009. Di bawah organisasi institut ini terdapat 3 unit iaitu Unit Khidmat Pengurusan, Unit Pembangunan Latihan dan Unit Penyelidikan dan Pembangunan dengan 36 perjawatan. Matlamat ILPL adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pengajian pengangkutan laut. Pada mesyuarat "Maritime Transportation Working Group" (MTWG) yang telah diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Singapura, mesyuarat telah memutuskan bahawa ILPL diiktiraf sebagai "Regional Training Centre" di peringkat ASEAN. VISI Menjadi Pusat Kecemerlangan latihan dan penyelidikan dalam bidang pengangkutan laut yang unggul di Malaysia menjelang tahun 2020. MISI Menyediakan latihan dan penyelidikan yang berkualiti untuk menyokong usaha menyediakan perkhidmatan jabatan yang berprestasi tinggi dalam bidang pengangkutan laut dan memenuhi standard keselamatan nasional dan antarabangsa. OBJEKTIF Menyediakan kursus dan latihan yang berkualiti serta menepati keperluan semua perjawatan Jabatan Laut Malaysia ke arah perkhidmatan yang berprestasi tinggi; Menyediakan prasarana latihan yang lengkap, selesa, memenuhi standard serta keperluan jabatan dan industri pengangkutan laut; Menyediakan kemudahan, latihan dan ruang untuk pihak industri dan lain-lain agensi kerajaan berkongsi kepakaran dalam memajukan industri pengangkutan laut negara; Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengangkutan laut; Menjalinkan kerjasama dengan institusi dalam dan luar negara dari segi latihan dan penyelidikan dalam industri pengangkutan laut;
ORGANISASI UNIT KHIDMAT PENGURUSANFungsi Utama: Pengurusan sumber manusia. Pengurusan fail dan dokumen. Pengurusan asset dan kewangan. Pengurusan Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan. Pengurusan perpustakaan.
Kembali ke atas
Fungsi Utama:
Perancangan kursus dan latihan. Pengurusan dan pengendalian kursus & latihan. Pengurusan pusat simulator.
Kembali ke atas
UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Fungsi Utama: Penyelidikan dan pembangunan kursus dan latihan. Menjalankan pengajian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan pengangkutan laut.
Kembali ke atas
PERKHIDMATAN JENIS LATIHAN YANG DIKENDALI Latihan Kemajuan Kerjaya Latihan Kompetensi Pelayaran Latihan Kemahiran (On-job training) Kursus-kursus Keselamatan Kapal Latihan Komunikasi dan Teknologi Maklumat Latihan Pembangunan Diri
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI ILPL ( sila klik sini ) MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) Persiaran Nakhoda KS/11, Pulau Indah 42920 Pelabuhan Klang Selangor Darul Ehsan Tel : 03 3326 5555 Faks : 03 3101 3085 Email : ilpppl@marine.gov.my |