10:00:48 AM | 19-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Permohonan Perlesenan

 

1. Permohonan untuk melesenkan bot perlu dibuat menggunakan borang yang ditetapkan iaitu Borang Permohonan Pelesenan Bot dan dibuat oleh orang perseorangan seperti berikut :-

(i) Bagi pemilikan perseorangan atau pemilikan bersama (tidak lebih dari enam (6) individu), oleh individu atau sekumpulan individu yang memohon untuk didaftarkan sebagai pemilik, atau mereka yang dberi kuasa secara bertulis; dan

(ii) Bagi pemilik Badan Korporat, oleh agennya, dan pemberian kuasa tersebut perlu dilakukan dengan cara bertulis di bawah Meterai Awam Badan tersebut.

2. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk tujuan pelesenan :-

(i) Sijil :-

a. Maklumat Nombor Lesen dan Pelabuhan Pelesenan bagi pelesenan sebelumnya, tanan bot (atau salinan lesen bot sebelumnya) dan Sijil Jual Beli (jika pertukaran pemilikan) yang disahkan, jika bot tersebut pernah dilesenkan di mana-mana pelabuhan pelesenan di Malaysia; atau

b. Sijil atau Dokumen Pembina yang menyatakan dengan jelas nama Individu, atau Badan Korporat sebagai pembeli, jika bot tersebut baru dibina; atau

c. Sijil Pembatalan dari Pelabuhan Pendaftaran yang lepas, jika bot tersebut pernah didaftarkan.

(ii) Dokumen Pengenalan :-

a. Bagi pemilik atau pemilik-pemilik individu :-

1. Asal dan salinan kad pengenalan setiap pemilik yang ingin mendaftarkan sebagai pemilik.

b. Bagi Badan Korporat :-

1. Asal dan salinan yang akui sah Artikel dan Memorandum Persyarikatan;

2. Asal dan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat;

3. Asal dan salinan Sijil Perbadanan;

4. Surat Serah Kuasa memberi kuasa kepada individu untuk membuat permohonan bagi pihak Badan Korporat.

(iii) Deklarasi Hak Milik

3. Senarai Semak :-

a. Senarai Semak Permohonan Lesen Bot untuk Individu (Boat License 100_Individual Owner);

b. Senarai Semak Permohonan Lesen Bot untuk Badan Korporat (Boat License 200_Body Corporate);

Lagi