3:54:17 PM | 16-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Maklumat Umum

 

PERUNTUKAN

Perundangan yang termaktub untuk bot yang dilesenkan di Malaysia adalah Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 adalah :

1. Seksyen 474 hingga 485, dan
2. Kaedah Bot, 1953 (No. 70 / 1952)

Setiap bot yang belayar di mana-mana pelabuhan, sungai atau kawasan di Malaysia untuk tujuan di bawah perlu dilesenkan :-

1. Perdagangan atau perniagaan
2. Pengangkutan mana-mana individu selain daripada perdagangan atau perniagaan
3. Aktiviti sukan, riadah dan rekreasi

PENGECUALIAN PELESENAN

Bot-bot yang dikecualikan dari dilesenkan adalah seperti berikut :

1. Mana-mana kapal yang didaftarkan di bawah Bahagian IIA, OPS 1952
2. Berkaitan dengan negeri Sabah, mana-mana kapal yang dilesenkan di bawah OPS 1960 Sabah
3. Berkaitan dengan negeri Sarawak, mana-mana kapal yang dilesenkan di bawah OPS 1960 Sarawak

KELAYAKAN KAPAL

Kapal kargo atau penumpang yang tidak melebihi 500 GT.

KELAYAKAN PEMILIKAN

Individu atau syarikat tidak boleh dianggap sebagai pemilik bot berlesen melainkan dimiliki oleh individu dengan keterangan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan dimiliki oleh warganegara Malaysia


FI

Rujukan dibuat kepada Jadual Dua Belas, OPS 1952. Fi yang dikenakan untuk bot berlesen untuk tempoh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak kurang dari 3 bulan.