8:28:38 PM | 20-Aug-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Keperluan Tanda Ukiran Dan Nama Bot

 

1. Nama Kapal perlu diukir secara kekal dan jelas kelihatan pada haluan kapal. Tandaan adalah secara potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.

2. Nama kapal, Pelabuhan Daftar dan No. IMO ditanda secara kekal dan jelas pada buritan kapal. Tandaan adalah secara potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.

3. Nombor Rasmi, Tanan Bersih dan No. IMO ditanda secara kekal dan jelas.

(i) Pada permukaan rasuk utama / pada laluan masuk ke bilik pam / bahagian belakang dinding sekat bilik enjin;
(ii) Tandaan adalah secara potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul;
(iii) Tiadaan tandaan selain daripada yang dinyatakan seperti berikut :

O.N  : XXXXXX
NET : XX
IMO  : XXXXXXX

4. Semua tandaan Nama Kapal dan Pelabuhan Daftar perlu dicetak dengan nama kapal yang telah diluluskan dan Pelabuhan Daftar pada peralatan keselamatan seperti rakit, jaket, boya dan bot keselamatan, pelan keselamatan, dll.

5. Ruang kargo perlu ditandakan secara kekal pada permukaan luaran belibir mengujur petak kargo, penutup belibir tangki kargo, laluan masuk ke ruang kargo yang lain dan kawasan lain yang mudah kelihatan.

6. Untuk kapal tangki yang dimaksudkan sebagai ruangan kargo di dalam definisi International Convention of Tonnage 1969, setiap tanda ukiran dalam huruf CC, ditandakan secara potongan kepingan plet besi untuk huruf / dipateri / secara tebukan tengah dan dicat dengan warna putih / kuning dengan latarbelakang gelap / warna hitam dengan latarbelakang putih.
 
7. Ruang selain dari ruangan kargo tidak perlu ditandakan.
 
8. Nombor IMO perlu diukir secara kekal dan jelas kelihatan untuk semua kapal kargo 300 tanan kasar dan ke atas yang digerakkan dengan dorongan sendiri dan kapal penumpang 100 tanan kasar yang beroperasi di laluan antarabangsa.
(i) Ditempat yang mudah kelihatan pada buritan kapal / sisi badan kapal, peminggang sebelah kanan dan kiri kapal, di atas garisan lambung bebas / sisi superstruktur, sebelah kanan dan kiri / hadapan superstruktur / dalam perihal kapal penumpang, permukaan mendatar yang mudah dilihat dari udara;
(ii) Di kawasan yang mudah dilalui pada salah satu dinding akhir sekat sorong dalam ruangan jentera / salah satu ruangan petak / dalam perihal kapal tangki, dalam bilik pam / dalam perihal kapal dengan ruangan ro-ro, pada salah satu dinding akhir sekat sorong di ruangan ro-ro;
(iii) No. IMO perlu ditanda dan bermula dengan singkatan IMO.
9. Semua tanda ukiran perlu menggunakan huruf besar Roman / abjad Arabic dengan saiz ketinggian tidak kurang dari 200mm.
 
10. Jumlah bilik anak kapal yang disahkan untuk tujuan penginapan. Setiap bilik (minimum) perlu dilengkapi dengan katil, almari pakaian, penyangkut baju, meja dan kerusi untuk menulis. Rujukan boleh dibuat kepada Pelan Susunatur Kapal / Pelan Kebakaran yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut / Badan Kelasifikasi Kapal.
 
11. Jenis enjin, jumlah enjin / jentera dorongan serta nombor siri yang akan disahkan oleh Pemeriksa Kapal sepertimana yang diistiharkan oleh pemilik kapal di dalam Borang Pemeriksaan 118.