10:26:59 PM | 14-Nov-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Prosedur Pendaftaran Kapal Malaysia

 

Pendaftaran Kekal

1. Tertakluk kepada dokumen perlu dikemukakan di dalam proses Pendaftaran Kapal Sementara, berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan untuk tujuan pendaftaran kapal kekal :

(i) Salinan asal Sijil Pemeriksaan Tetap yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal Malaysia;
(ii) Salinan asal Sijil Pembatalan Kapal dari Pelabuhan Pendaftaran yang terdahulu;
(iii) Salinan sah Borang Tanda Ukiran dan Nama Kapal.

2. Pendaftaran kekal akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan.

Sijil Pemeriksaan

1. Sijil Pemeriksaan adalah sijil yang dikeluarkan untuk Pemeriksa Kapal yang mengandungi perakuan keterangan kapal yang akan didaftarkan. Sijil ini juga bertindak sebagai sijil selamat belayar untuk kapal dari Pemeriksa Kapal kepada Pendaftar Kapal.

2. Sijil Pemeriksaan dikeluarkan mengikut:

(i) Pendaftaran kali pertama untuk tujuan Pendaftaran Sementara dan Pendaftaran Tetap;
(ii) Setelah pengubahsuaian dilakukan kepada kapal ini yang mengubah bentuk, tanan atau sebarang maklumat kapal yang terdapat di dalam Sijil Pendaftaran Kapal;

3. Permohonan Sijil Pemeriksaan Sementara boleh dibuat kepada Pemeriksa Kapal Jabatan Laut dengan mengemukakan dokumen berikut:
(i) Surat Permohonan;
(ii) Salinan Sijil Kebenaran Guna Nama Kapal;
(iii) Borang Pemeriksaan 118 : Pengistiharan Maklumat Jentera / Enjin;

(iv) Satu (1) salinan Pelan Kapal:-
a. Pelan Susunatur Am Kapal
b. Pelan Tengah Kapal / Kapasiti Tangki (jika kapal tangki).

(v) Jika kapal pernah berdaftar sebelum ini:-
a. Salinan sijil pendaftaran kapal terdahulu;
b. Salinan sijil International Tonnage Certificate 1969
c. Salinan sijil International Oil Pollution Prevention Certificate (IOPP)(jika kapal tangki).

(vi) Jika kapal sedang dalam pembinaan:
a. Sijil Pembina Kapal;
b. Salinan sijil sementara International Tonnage Certificate 1969 / Tonnage Attestation.

(vii) Bagi kapal-kapal jenis tangki dan pukal yang berusia lebih 20 tahun:-
a. Laporan kapal menaiki galangan;
b. Laporan Ultrasonic Thickness Gauging (UTG);
c. Laporan Hull & Machinery yang terbaru dari Badan Kelasifikasi Kapal terdahulu;
d. Perlu digalang dan diperiksa oleh Pemeriksa Jabatan terlebih dahulu sebagai syarat untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara.

4. Manakala, untuk permohonan Sijil Pemeriksaan Tetap, pemilik kapal perlu mengemukakan dokumen berikut:-
(i) Surat permohonan;
(ii) Salinan International Tonnage Certificate 1969 Kekal yang dikeluarkan oleh Badan Kelasifikasi Kapal;
(iii) Salinan Sijil Pembina Kapal (jika kapal baru).

5. Setelah semua dokumen diterima oleh Pemeriksa Kapal, beliau akan menyemak semua dokumen dan menjalankan pemeriksaan Tanda Ukiran & Nama Kapal untuk memastikan semua maklumat adalah benar, kapal dalam keadaan selamat belayar dan semua keperluan Tanda Ukiran & Nama Kapal telah dipatuhi.

6. Sijil-sijil akan diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan dan memenuhi keperluan pemeriksaan.

7. Borang / Senarai semak yang diperlukan dalam fasa ini:
(i) Senarai Semak Sijil Pemeriksaan Sementara / Tetap Registry 115
(ii)Deklarasi Sistem Dorongan Utama / Jentera Utama Kapal Survey 118