2:42:54 PM | 16-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Keperluan Tanda Ukiran Dan Nama Bot

 

1.    Nama Kapal perlu diukir secara kekal dan jelas kelihatan pada haluan kapal. Tandaan adalah secara potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.

2.    Nama kapal dan Pelabuhan Daftar ditanda secara kekal dan jelas pada buritan kapal. Tandaan adalah secara potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.

3.    Nombor Rasmi dan Tanan Bersih ditanda secara kekal dan jelas.
  • Pada permukaan rasuk utama / pada laluan masuk ke bilik pam / bahagian belakang dinding sekat bilik enjin;
  • Tandaan adalah secara potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul;
  • Tiadaan tandaan selain daripada yang dinyatakan seperti berikut :

O.N     : XXXXXX

NET    : XX

4.    Semua tandaan Nama Kapal dan Pelabuhan Daftar perlu dicetak dengan nama kapal yang telah diluluskan dan Pelabuhan Daftar pada peralatan keselamatan seperti rakit, jaket, boya dan bot keselamatan, pelan keselamatan, dll.

5.    Semua tanda ukiran perlu menggunakan huruf besar Roman / abjad Arabic dengan saiz ketinggian tidak kurang dari 100mm.

6.    Jumlah bilik anak kapal yang disahkan untuk tujuan penginapan. Setiap bilik (minimum) perlu dilengkapi dengan katil, almari pakaian, penyangkut baju, meja dan kerusi untuk menulis. Rujukan boleh dibuat kepada Pelan Susunatur Kapal / Pelan Kebakaran yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut / Badan Kelasifikasi Kapal.

7.    Jenis enjin, jumlah enjin / jentera dorongan serta nombor siri yang akan disahkan oleh Pemeriksa Kapal sepertimana yang diistiharkan oleh pemilik kapal di dalam Borang Pemeriksaan 318.