8:41:40 PM | 20-Oct-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Pengenalan / Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP) /
 

Pengenalan Bahagian Hal Ehwal Pelaut Dan Pelabuhan

 

UNIT PENILAIAN DAN STANDARD LATIHANUNIT PEMBANGUNAN PELAUTUNIT PEPERIKSAAN DAN PERAKUAN PELAUT



UNIT PENGURUSAN PELABUHAN, KARGO DAN BARTER TRADE



OBJEKTIF

Objektif utama Bahagian Hal Ehwal Pelaut dan Pelabuhan adalah untuk:-
  1. Kekompetenan pelaut Malaysia diiktiraf di dalam dan luar Negara sesuai dengan keperluan Konvensyen STCW dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
  2. Memelihara hal ehwal dan kebajikan pelaut-pelaut.
  3. Semua pelabuhan dan jeti dibawh pengawasan Jabatan Laut sentiasa selamat dan sedia digunakan pada bila-bila masa.

AKTIVITI
  1. Pengurusan Perakuan Kekompetenan:
    • Mengatur dan Menjalankan Peperiksaan Kekompetenan
    • Memproses dan Mengeluarkan Perakuan Kekompetenan.
    • Menilai dan Pengesahan Semula Perakuan Kekompetenan.
    • Menasihat Berhubung Standard dan Kekompetenan Pelaut.
  2. Pengurusan Akreditasi Institusi Latihan Maritim:
    • Memproses permohonan Institusi Latihan Pelaut.
    • Menjalankan audit ke atas Institusi Latihan Maritim.
    • Penentusahan dan Pengiktirafan Perakuan Kekompetenan.
    • Penentuan Keanggotaan Selamat Kapal Malaysia.
  3. Pengurusan Pelaut:
    • Pendaftaran dan Dokumentasi Pelaut.
    • Memantau Hal Ehwal dan Kebajikan Pelaut.
    • Menyelaras Penyediaan Kemudahan-Kemudahan Pelaut.
    • Urusetia Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut.
  4. Pengurusan Pelabuhan:
    • Mengawalselia Pengangkutan Kargo Berbahaya dan Aktiviti-Aktiviti 'kapal-ke-kapal' (ship-to-ship).
    • Mengawalselia Aktiviti 'barter trade' di Pelabuhan-Pelabuhan di Malaysia.
    • Pengurusan dan operasi Pelabuhan dan Jeti di bawah Jabatan Laut.
    • Mengawalselia Hal Ehwal Aktiviti Pelabuhan.
ORGANISASI
  1. UNIT PENILAIAN DAN STANDARD LATIHAN

    Memastikan Institusi Latihan Maritim dan kursus-kursus yang dikendalikan mematuhi standard antarabangsa yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Latihan dan Perakuan) 1999 dan Konvensyen STCW 1995 melalui auditan tahunan.

    Fungsi Utama :

    1. Pengurusan perjanjian dua hala berhubung pengiktirafan kekompetenan pelaut di bawah Konvensyen STCW.
    2. Mengeluarkan dokumen keanggotaan selamat.
    3. Memproses permohonan pengamal perubatan untuk tujuan pemeriksaan pelaut.
    4. Mengeluarkan sijil akreditasi institusi latihan pelaut.

    Kembali ke atas

  2. UNIT PEMBANGUNAN PELAUT

    Melaksanakan dan mengurus hal-ewhal pembangunan pelaut selaras dengan Kaedah Perkapalan Saudagar (Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut) 1984.

    Fungsi Utama :

    1. Urusan pendaftaran dan dokumentasi pelaut.
    2. Perkhidmatan kebajikan pelaut.
    3. Pembangunan kerjaya pelaut.
    4. Pengurusan pusat rekreasi pelaut.

    Kembali ke atas

  3. UNIT PEPERIKSAAN DAN PERAKUAN PELAUT

    Memastikan pengurusan peperiksaan lisan Perakuan Kekompetenan dilaksanakan dengan mematuhi Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Latihan dan Perakuan) 1999 dan Konvensyen STCW 95.

    Fungsi Utama :

    1. Pengurusan peperiksaan kekompetenan pelaut.
    2. Memproses dan pengeluaran Perakuan Kekompetenan Pelaut dan Sijil Kursus Modular.
    3. Khidmat nasihat berhubung standard dan kelayakan kekompetenan pelaut.
    4. Menyelaras urusan dan aktiviti pemaliman.

    Kembali ke atas

  4. UNIT PENGURUSAN PELABUHAN, KARGO DAN BARTER TRADE

    Merancang dan memantau program pengurusan pelabuhan termasuk perkhidmatan feri bagi pelabuhan kecil, terminal dan jeti di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia.

    Fungsi Utama :

    1. Mengawalselia urusan ketibaan dan pelepasan kapal di pelabuhan-pelabuhan.
    2. Pengurusan dan operasi pelabuhan kecil di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia.
    3. Menyelaras dan memantau pembangunan dan aktiviti barter trade.
    4. Mengawalselia dan memantau perkhidmatan feri penumpang dan pengendalian kargo.

    Kembali ke atas