9:40:26 AM | 19-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Maklumat Umum

 

PERATURAN

 Penguatkuasaan undang-undang berkaitan Pendaftaran Kapal Boleh Tamat di Malaysia adalah termaktub di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 :-
 
  1. Peruntukan dalam Ordinan daripada Bahagian IIA, kecuali:  
    • subseksyen 16(2), dan seksyen 20, 22, 26, 26A, 30, 31 dan 32; dan
    • menuruti seksyen 36, 37, 39, 39, 41, 42, 27, 28, 29 dan 56.  

      2.    Peraturan Perkapalan Saudagar (Terminable Certificate of Registry) 2005.

 Setip bot yang belayar di mana-mana pelabuhan, sungai atau kawasan di Malaysia untuk tujuan di bawah perlu dilesenkan :-
  1. Perdagangan atau perniagaan;
  2. Pengangkutan mana-mana individu selain daripada perdagangan atau perniagaan;
  3. Aktiviti sukan, riadah dan rekreasi
KELAYAKAN KAPAL

Kapal kargo atau penumpang yang tidak melebihi 150 GT dan panjang kapal tidak melebihi 24 meter.

 
KELAYAKAN PEMILIKAN
  1. Individu atau syarikat tidak boleh dianggap sebagai pemilik bot berlesen melainkan dimiliki oleh individu dengan keterangan seperti berikut :

    > Warganegara Malaysia; 
    > Menetap secara kekal di Malaysia;
    > Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan dimiliki oleh warganegara Malaysia
 
TEMPOH SAH PENDAFTARAN

Pendaftar boleh membenarkan pendaftaran kapal di bawah pendaftaran ini untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.