10:43:02 PM | 19-Oct-2019
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Laman Utama / Perkapalan / Prosedur /
 

Keperluan Tanda Ukiran Dan Nama Bot

 

1. Sebelum pelesenan, huruf, nombor dan nama setiap bot perlu ditandakan dengan bersesuaian dan dicatkan dengan putih atau hitam, huruf/nombor tidak melebihi ketinggian 100 mm dan lebar yang bersesuaian.

2. Tandaan perlu dilakukan secara kekal dan jelas ditandakan pada kedua belah haluan dan buritan. Format Nombor Tetap Bot adalah seperti berikut :

ABC 12345 D

A = Kod Negeri

BC = Kod Pelabuhan Pelesenan

Nombor = Nombor Lesen Bot

D = Kod Kegunaan Dagangan

3. Tiada tanda lain dibenarkan diukir di kawasan penandaan selain yang di atas.
 
4. Kod Kegunaan Dagangan adalah seperti berikut :-
 
Kod Kegunaan Dagangan
Kod (Terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan)
Kod (Terpakai di Sabah dan Sarawak sahaja)
F
-
Perikanan
K
Kargo
Kargo
P
Penumpang
Penumpang
S
-
Bot Kecil
SK
-
Bot Kargo Kecil
SP
-
Bot Penumpang Kecil
ST
-
Bot Tunda Kecil
SX
-
Lain-lain Bot Kecil
SZ
-
Bot Persiaran Kecil
T
Tunda
Tunda
X
Lain-lain
Lain-lain
Z
Bot Persiaran
Bot Persiaran