9:24:08 AM | 13-Dec-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Pengenalan / Keselamatan Pelayaran (BKP) /
 

Pengenalan Bahagian Keselamatan Pelayaran

 

UNIT BANTUAN PELAYARANUNIT PERKHIDMATAN TRAFIK MARITIMUNIT KESELAMATAN MARITIM



UNIT PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR MARIN



OBJEKTIF

Menentukan satu sistem pelayaran yang efisyen , berkesan dan selamat di dalam perairan Malaysia.
Penyelarasan dan pelaksanaan tindakan melawan tumpahan minyak daripada kapal bagi mengelakkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar.


AKTIVITI

  1. Bantuan Pelayaran
    • Perancangan , penentuan dan penyelenggaraan alat bantuan pelayaran.
  2. Khidmat Trafik Maritim
    • Pengendalian sistem laporan kapal
    • Penghebahan maklumat keselamatan pelayaran
  3. Pengurusan kapal ranap dan karam
  4. Hidrografi
    • Perancangan dan pelaksanaan ukur hidrografi
    • Perancangan kerja-kerja pengorekan pelabuhan
  5. Kontigensi Maritim
ORGANISASI

  1. UNIT BANTUAN PELAYARAN

    Memastikan alat-alat bantuan pelayaran mempunyai tahap ketersedian seperti berikut:

    1. Rumah Api - Ketersediaan 99% setahun
    2. Tandarah Suar - Ketersediaan 98% setahun
    3. Pelampung Pandu - Ketersediaan 97% setahun

    Fungsi Utama :

    1. Penyelenggaraan alat bantuan pelayaran.
    2. Pengeluaran notis pelayaran.
    3. Pembaikan alat bantuan pelayaran.
    4. Penempatan baru alat bantuan pelayaran.

    Kembali ke atas

  2. UNIT PERKHIDMATAN TRAFIK MARITIM

    Untuk menentukan satu sistem perkhidmatan trafik maritim yang teratur, cekap, berekonomik dalam memastikan keselamatan pelayaran serta mengurangkan kemalangan laut dan mewujudkan sistem koordinasi mencari dan menyelamat yang berkesan di perairan Malaysia.

    Fungsi Utama :

    1. SAR Maritim.
    2. Maklumat dan amaran pelayaran.
    3. Kawalan dan pengawasan laluan trafik laut.
    4. Panduan dan nasihat pelayaran.

    Kembali ke atas

  3. UNIT KESELAMATAN MARITIM

    Menentukan satu sistem keselamatan maritim yang cekap dan efisyen bagi mewujudkan rangkaian alur pelayaran yang selamat.

    Fungsi Utama :

    1. Perancangan dan perlaksanaan ukur hidrografi:
    • Menjalankan ukur hidrografi bagi alur pelayaran di muara sungai sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat tahun.
    • Menjalankan pengukuran dan menyediakan pelan mengikut piawaian IHO (Special Publication NO. 44).
    • Memproses data ukur hidrografi dan menyiapkan pelan dalam masa dua minggu dari tarikh tamat kerja ukur.

    2. Pengurusan aktiviti pengerukan Jabatan:
    • Merancang kerja-kerja pengerukan secara berkala.
    • Menyediakan penyata keperluan bagi setiap projek pengerukan.
    • Spesifikasi pengerukan ditentukan dengan megambilkira keperluan setiap pelanggan.
    • Memastikan pengerukan dijalankan dengan memenuhi keperluan spesifikasi yang ditetapkan.
    • Memastikan alur pelayaran tidak ditutup 100% ketika projek berjalan.

    3. Pengurusan Wrek dan Salvaj:
    • Jabatan Laut juga dipertanggungjawab untuk mengurus inventori kapal karam. Sehingga kini terdapat enam buah kapal karam dalam perairan Selat Melaka direkodkan. Pengurusan kapal karam bersejarah diuruskan oleh Jabatan Warisan Negara dan beberapa aspek teknikal maritim dibantu oleh Jabatan Laut.

    Kembali ke atas

  4. UNIT PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR MARIN

    Menentukan satu sistem kontigensi maritim yang cekap dan efektif bagi menentukan keselamatan maritim di perairan Malaysia supaya bebas daripada pencemaran dan halangan pelayaran.

    Fungsi Utama :

    1. Mengurus Latihan Tumpahan Minyak Peringkat Negeri/ Wilayah/ Kebangsaan/ Antarabangsa.
    2. Mengurus Bot-Bot Catamaran di semua Wilayah.
    3. Mengurus aset Oil Spill Response Equipment (OSRE) di semua Wilayah.
    4. Menyelia Tumpahan Minyak Berskala Besar.
    5. Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Tumpahan Minyak Kebangsaan.
    6. Menyelaras Mesyuarat Pengurusan dan Jawatankuasa Teknikal Dana Pusingan  (RFC).
    7. Menyelaras Mesyuarat Antarabangsa Sub-Committee on Bulk Liquids and Gases (BLG-IMO),Marine Environment Protection Committee(MEPC-IMO) and Malaysia-Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE) Meeting.
    8. Mengurus Seminar dan Workshop Perlindungan Alam Sekitar Marin Peringkat Kebangsan, Wilayah dan Antarabangsa.
    9. Menyelaras Mesyuarat Majlis Maritim Kebangsaan.
    10. Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Taman Laut Malaysia.
    11. Mengurus Aktiviti Insurans Kapal Tangki (CLC 92).
    12. Mengurus aktiviti Tabung IOPC 1992.
    13. Mengurus aktiviti Insurans Bunkers Kapal (BCC 2001).
    14. Juruaudit Peralatan Melawan Tumpahan Minyak.
    15. Ahli Jawatankuasa Teknikal Penilaian Kesan Alam Sekitar (E.I.A) Komponen Marin.
    16. Ahli Jawatankuasa Teknikal Kelulusan Aktiviti Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE).

    Kembali ke atas