7:37:38 PM | 25-Mar-2017
Bantuan | Pejabat Laut ENGLISH | BAHASA MALAYSIA
Laman Utama Hubungi Kami Peta Google
Maklumat Korporat / Pengenalan / Kawalan Industri (BKI) /
 

Pengenalan Bahagian Kawalan Industri

 

UNIT PENDAFTARAN KAPALUNIT AKREDITASI KAPALUNIT ISPS CODEUNIT PENGURUSAN KESELAMATAN KAPAL

OBJEKTIF

Untuk menentukan kapal-kapal Malaysia mematuhi tahap keselamatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Peraturan Nasional dan konvensyen antarabangsa.



AKTIVITI
  1. Pengurusan Pendaftaran Kapal
    • Pendaftaran Kapal Malaysia
    • Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia
    • Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi
    • Pendaftaran Kapal Boleh Tamat
    • Pelesenan Bot
  2. Pengurusan Standard dan Akreditasi Kapal
    • Pemeriksaan Kawalan Bendera Negera
    • Menjalankan pengesahan dan pemeriksaan kapal/bot
    • Persijilan statutori Kapal-Kapal
    • Menjalankan auditan ke atas Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf dan Stesyen Menyelenggara Rakit Keselamatan
    • Menetapkan standard piawaian teknikal bagi kapal/bot
    • Khidmat teknikal kepada sektor kerajaan
  3. Pengurusan Keselamatan Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan
    • Menjalankan penentusahan keselamatan Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan di bawah ISPS Code
    • Pemeriksaan Kawalan Bendera Negara
    • Menguatkuasa dan mengawal aspek perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
  4. Pengurusan Keselamatan Kapal
    • Menjalankan auditan ke atas syarikat pengurusan perkapalan dan kapal di bawah ISM Code
    • Menjalankan auditan ke atas pengurusan kapal-kapal agensi Jabatan Laut
    • Menjalankan penyiasatan kemalangan maritim

 

ORGANISASI
  1. UNIT PENDAFTARAN KAPAL

    Memastikan pengurusan pendaftaran kapal-kapal dapat dikendalikan secara cekap dan efisyen dengan mematuhi peraturan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta Akta-Akta yang berkuatkuasa di samping menurut segala ketetapan oleh Pendaftar Besar Kapal-Kapal Malaysia

    Fungsi Utama :

    1. Menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti pendaftaran kapal di peringkat Ibu Pejabat Laut dan Jabatan Laut Wilayah :
    • Pendaftaran Kapal Malaysia
    • Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia
    • Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi
    • Pendaftaran Kapal Boleh Tamat

    2. Mengawal selia urusan pelesenen bot-bot

    3. Menjalankan pemeriksaan terhadap pengesahan pendaftaran kapal di Malaysia

    4. Mengeluarkan Rekod Sinopsis Berterusan / Continuous Synopsis Record

    5. Mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal

    6. Menyediakan perangkaan-perangkaan yang berkaitan dengan pendaftaran kapal untuk kegunaan industri maritim di Malaysia

    Kembali ke atas

  2. UNIT AKREDITASI KAPAL

    Memastikan tahap layak belayar kapal mematuhi standard keselamatan dan penjagaan persekitaran yang ditetapkan di bawah Peraturan Nasional, Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa dan garispanduan yang ditetapkan.

    Fungsi Utama :

    1. Menjalankan pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan

    2. Menjalankan pengesahan dan pemeriksaan kapal/bot yang berdaftar di Malaysia

    3. Memproses persijilan statutori yang berkaitan bagi kapal-kapal yang berdaftar di Malaysia

    4. Menjalankan auditan tahunan ke atas Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf serta Stesyen Menyelenggara Rakit Keselamatan

    5. Mengeluarkan arahan berkenaan standard teknikal kepada kapal-kapal berdaftar di Malaysia berpandukan kepada peraturan-peraturan nasional dan antarabangsa yang berkuatkuasa.

    Kembali ke atas

  3. UNIT ISPS CODE

    Memastikan piawaian terhadap Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan yang beroperasi di Malaysia mematuhi ketetapan di bawah Bab XI � 2 (ISPS Code), Konvensyen SOLAS 1974 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 melalui penentusahan tidak berjadual setiap tahun. Disamping itu, menguatkuasa dan mengawal dalam pelaksanaan perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta pemeriksaan Kawalan Bendera Negara.

    Fungsi Utama :-

    1. Menjalankan penentusahan tidak berjadual untuk Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan di bawah ISPS Code

    2. Melaksanakan pemeriksaan Kawalan Negara Bendera ke atas kapal-kapal Malaysia

    3. Kepatuhan ke atas perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

    Kembali ke atas

  4. UNIT PENGURUSAN KESELAMATAN KAPAL

    Memastikan kepatuhan kapal-kapal dan syarikat pengurusan perkapalan di bawah Bab IX (ISM Code), Konvensyen SOLAS 1974 dipatuhi melalui auditan tahunan. Dalam pada masa yang sama, menguruskan pelaksanaan penyiasatan kemalangan maritim berpandukan kepada peruntukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa.

    Fungsi Utama :

    1. Menjalankan auditan ke atas syarikat pengurusan perkapalan dan kapal di bawah ISM Code

    2. Menjalankan penyiasatan kemalangan maritim

    3. Menjalankan auditan ke atas pengurusan kapal-kapal agensi Jabatan Laut

    Kembali ke atas