PENGENALAN
INSTITUT LATIHAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENGANGKUTAN LAUT ( ILPPPL )
Institut
Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL), Jabatan Laut
Malaysia telah ditubuhkan untuk menjalankan dan menguruskan latihan berkenaan
dengan pengurusan dan pengangkutan laut. ILPPPL yang terletak
di Pulau Indah telah dirasmikan pada 22 Jun 2009. Di bawah organisasi
institut ini terdapat 3 unit iaitu Unit Khidmat Pengurusan, Unit Pembangunan
Latihan dan Unit Penyelidikan dan Pembangunan dengan 36 perjawatan. Matlamat ILPPPL adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam
pengajian pengangkutan laut. Pada mesyuarat “Maritime
Transportation Working Group” (MTWG) yang telah diadakan pada 29-30 Mei 2007 di
Singapura, mesyuarat telah memutuskan bahawa ILPPPL diiktiraf sebagai “Regional
Training Centre” di peringkat ASEAN.
VISI
Menjadi Pusat Kecemerlangan
dalam latihan dan kajian ilmu pengangkutan laut
MISI
Menyediakan latihan yang
berkualiti yang menyokong usaha-usaha ke arah perkapalan yang selamat dan
perlindungan alam sekitar marin
OBJEKTIF
1.
Melahirkan
pekerja yang berpengetahuan
2.
Menjalankan
kursus-kursus kelautan dan latihan pelaut
3.
Menjalankan
pengajian dalam bidang pengangkutan laut
ORGANISASI
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
Fungsi Utama:
1.
Pengurusan
sumber manusia.
2.
Pengurusan fail
dan dokumen.
3.
Pengurusan
asset dan kewangan.
4.
Pengurusan
Komunikasi dan Teknologi Maklumat.
5.
Pengurusan dan
penyelenggaraan kemudahan.
6.
Pengurusan
perpustakaan.
UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN
Fungsi Utama:
1.
Perancangan
kursus dan latihan.
2.
Pengurusan dan
pengendalian kursus & latihan.
3.
Pengurusan
pusat simulator.
UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Fungsi Utama:
1.
Penyelidikan
dan pembangunan kursus dan latihan.
2.
Menjalankan
pengajian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan pengangkutan
laut.
PERKHIDMATAN
JENIS
LATIHAN YANG DIKENDALI
Latihan
Kemajuan Kerjaya
Latihan
Kompetensi Pelayaran
Latihan
Kemahiran (On-job training)
Kursus-kursus
Keselamatan Kapal
Latihan
Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Latihan Pembangunan
Diri
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Institut Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan
Pengangkutan Laut (ILPPPL)
Persiaran
Nakhoda KS/11
42920 Pelabuhan
Klang
Selangor Darul
Ehsan
Tel
: 03 3326 5555
Faks
: 03 3101 3084
Email :
ilpppl@marine.gov.my